top of page

Himpunan anti rasuah: Pihak berkuasa harus beri kerjasama - Wei Kiat



Himpunan anti rasuah yang akan dianjurkan oleh mahasiswa dan NGO esok hari seharusnya mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat berkata, matlamat himpunan tersebut tidak lari jauh daripada dasar Kerajaan Madani pada waktu ini yang anti korupsi serta mengamalkan tata kelola baik dalam pentadbiran.


"Saya mengambil maklum mengenai tindakan sekatan terhadap Himpunan Anti-Rasuah yang dianjurkan oleh mahasiswa dan NGO.


"Saya mencadangkan agar pihak berkuasa memberikan kerjasama penuh kepada mahasiswa dan NGO bagi memastikan perhimpunan dapat berlangsung dengan aman dan teratur.


"Himpunan ini diadakan atas dasar perjuangan menentang rasuah, satu isu yang menjadi keutamaan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru, pihak berkuasa tidak seharusnya melihatnya sebagai ancaman, tetapi sebagai sokongan moral kepada agenda reformasi yang sedang dijalankan


"Matlamat himpunan ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan integriti, ketelusan dan tadbir urus yang bersih," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, kata Ahli Dewan Negeri Rawang itu, semua pihak seharusnya menunjukkan sokongan terbuka kepada mahasiswa yang berani menyuarakan pendirian menentang rasuah.


Katanya, keberanian mahasiswa bersuara secara lantang dalam isu-isu nasional harus diraikan, bukan disekat kerana ianya sebahagian daripada semangat reformasi yang diperjuangkan Pakatan Harapan sejak sekian lama.


"Pada masa yang sama, pihak berkuasa bukan sahaja perlu memberi ruang, tetapi turut bekerjasama secara aktif dengan mahasiswa dan NGO untuk memastikan himpunan dapat dijayakan dengan tertib, aman dan berkesan.


"Ini adalah peluang untuk membuktikan kesungguhan dalam melawan rasuah dengan tindakan konkrit yang selari dengan aspirasi rakyat," katanya lagi.


Selain itu, Wei Kiat juga mencadangkan ruang dialog dengan mahasiswa dan NGO perlu diperluaskan agar mesej anti-rasuah dapat diperjuangkan secara lebih berkesan dan inklusif.


Reformasi, katanya, bukan sekadar slogan tetapi perlu diterjemahkan dalam tindakan nyata, termasuk memastikan suara rakyat yang menentang rasuah tidak disenyapkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page