top of page

Hijrah untuk perubahan ke arah kebaikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 30, 2022
  • 1 min read


Awal Muharram mengingatkan umat Islam tentang penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah.


Pada bulan ini juga umat Islam diseru melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.


Dalam perutusan Maal Hijrah 1444, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar ditingkatkan amal soleh dan ketakwaan dalam menyambut tahun baharu Islam, hari ini.


"Alhamdulillah, hari ini bermulanya penghijrahan tahun baru bagi umat Islam di seluruh dunia. Di kesempatan yang sama, marilah kita bersama meningkatkan keimanan, amal soleh, serta terus bertaqwa kepada Allah SWT.


"Syukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diizinkan untuk kita bernafas dan dilimpahi nikmat rezeki di atas muka bumi ini.


"Justeru itu, jangan kita lupa akan tanggungjawab untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik," katanya.


Anwar juga mengajak umat Islam melakukan perubahan untuk memperbaiki diri, keluarga dan hala tuju negara bagi meningkatkan kesejahteraan sesama masyarakat majmuk pada tahun baharu ini.


"Awal Muharram mengingatkan kita tentang kepentingan untuk berhijrah kerana setiap penghijrahan adalah suatu perubahan, dan setiap perubahan boleh membentuk ke arah kebaikan. Oleh itu, perubahan harus dilakukan untuk mewujudkan anjakan yang bermakna.


"Selamat menyambut Awal Muharram 1444H.


"Semoga tahun baru ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan terus bertaqwa dalam mencari keredhaan Allah S.W.T," katanya lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page