top of page

Hentikan pertikaian isu kuil, hormati penyelesaian dipersetujui kedua pihak



Oleh: Akmal Manaf


Sebarang pertikaian berhubung isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman perlu dihentikan kerana tidak membawa sebarang kebaikan, malah boleh menjerumuskan negara ke arah perpecahan.


Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata, sentimen perkauman yang dimainkan sesetengah pihak hanyalah untuk menabalkan diri sendiri sebagai adiwira dalam kelompok masing-masing tanpa menghiraukan perpaduan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.


Beliau berkata, tidak wajar masih terdapat pihak yang mempertikaikan ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberi solusi terhadap isu kuil tersebut sedangkan solusi itu telah berjaya menyelesaikan ketegangan biarpun ianya bukanlah rujukan sekiranya terjadi perkara serupa pada masa hadapan.


"Dua penegasan yang disebutkan dengan jelas adalah 'negara ini adalah negara hukum' iaitu kita mesti menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.


"Kedua, penyelesaian ini tidak boleh dijadikan duluan (precedent) bagi kes-kes yang berlaku selepas ini. Ia perlu melihat setiap kes berkaitan pembinaan kuil secara berasingan dan unik.


"Pihak pemilik tanah dan pemilik kuil juga telah berbincang dan bersetuju dengan penyelesaian, sama ada daripada sudut tapak baharu dan sumbangan bagi membiayai pembinaan kuil," katanya dalam kenyataan.


Justeru katanya, amat tidak perlu mana mana pihak memperpanjangkan isu berkenaan untuk mendapatkan mileage politik dan sebagainya.


"Oleh yang demikian pertikaian mengenainya hendaklah dihentikan kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan malah boleh menjerumuskan negara ke arah perpecahan.


"Sekiranya perpecahan terjadi tiada siapa yang akan mendapat kebaikan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page