top of page

Henti suntik dana SEDC, BDA langkah positif - KEADILAN Sarawak



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak menyambut baik langkah Kerajaan Sarawak menghentikan suntikan dana kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) yang berkuatkuasa pada 2027. 


Pengerusinya, Roland Engan berkata, langkah positif itu dilihat mampu meringankan beban kewangan negeri selain boleh menumpukan perbelanjaan tersebut kepada pembangunan infrastruktur.


"SEDC dan BDA sepatutnya sudah mula mengambil langkah reformasi dalaman masing-masing untuk mempersiapkan diri bukan sahaja berdikari semata-mata, bahkan menjadi badan berkanun yang menjana pendapatan tinggi untuk Sarawak kelak," katanya dalam satu kenyataan.


Sebaliknya, kata beliau, badan berkanun dan amanah lain seharusnya mendapat manfaat suntikan dana dari Kerajaan Negeri berkenaan termasuk Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan (LKWKKH) yang dilaporkan belum mencapai matlamat penubuhannya.


"Bagaimana pula dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan badan-badan berkanun lain yang sekian lama berdikari selama ini? Apa pula cerita terkini Amanah Saham Sarawak?" soal beliau lagi.


Justeru Roland berkata, KEADILAN Sarawakseharusnya bersedia memberi input dan komitmen bagi memastikan peruntukan dana kepada badan berkanun dan amanah lain berjalan lancar, sekali gus selaras dengan tuntutan tatakelola dan ketelusan Kerajaan Madani.


Dalam pada itu, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bersikap lebih tegas untuk melakukan siasatan sekiranya berlaku isu ketirisan di Sarawak bagi menjamin setiap sen duit rakyat digunakan ke jalan yang bermanfaat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page