top of page

Henti subsidi pendidikan golongan kaya di IPTA belum diputuskan - Fahmi



Oleh: Akmal Manaf


Langkah untuk menghentikan subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) masih belum diputuskan.


Perkara berkenaan dinyatakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi menerusi sidang media mingguan di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.


Beliau menjelaskan, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan Jemaah Menteri.


''Kita belum putuskan.. ia masih di peringkat penelitian.


''Sebagai contoh isu subsidi elektrik.. kita memberi penekanan bahawa 85% daripada pengguna di Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan sebarang kenaikan.


''Maka kita boleh ambil (keadaan) itu sebagai satu prinsip.. Cuma dalam beberapa perkara seperti pendidikan, ia tidak berdasarkan seperti mana kes bil elektrik (berdasarkan penggunaan).


''Dalam isu pendidikan, mungkin kita akan teliti beberapa perkara yang lain,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung perkembangan terbaharu perkara tersebut pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di Putrajaya, petang ini.


Pada 30 September lalu, Perdana Menteri menyentuh isu subsidi pendidikan dalam ucapannya ketika merasmikan Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Putrajaya, sekali gus memberi bayangan subsidi itu akan dihentikan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, membiarkan ketirisan subsidi besar seperti itu berterusan adalah tindakan tidak adil, sedangkan dana berkenaan sepatutnya boleh diagih kepada golongan miskin.


Anwar yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, beliau mahu kebajikan golongan rentan di negara ini terus diberi perhatian selari dengan konsep ekonomi MADANI dan menjadikan sektor pendidikan sebagai contoh iaitu terdapat anak-anak golongan kaya yang menikmati kemudahan pendidikan yang dibiayai kerajaan, berbanding golongan miskin.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page