top of page

Henti polemik titah adendum: Hormati pemisahan kuasa eksekutif - kehakiman



Pihak pembangkang dan individu berkepentingan digesa tidak terus mempolemikkan isu titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke 16 berkenaan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusof berkata, sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada negara dan juga mengamalkan prinsip Rukun Negara maka amat tidak wajar perbuatan terus menerus mempersoalkan kewujudkan titah berkenaan.


Katanya, Kerajaan Perpaduan mengamalkan pemisahan kuasa eksekutif - kehakiman dan pihak pemerintah tidak akan mencampuri atau komen ke atas kes mahkamah sehinggalah ianya selesai.


"Tidak seharusnya kita selaku rakyat Malaysia mencampuri urusan kehakiman dengan sewenang-wenangnya membuat tafsiran sendiri dan juga membuat pelbagai tuduhan yang tidak selaras dengan undang-undang negara.


"Sebagai rakyat Malaysia juga, kita seharusnya menghormati doktrin pengasingan kuasa yang menjadi teras pentadbiran negara selama ini," katanya dalam kenyataan.


Nazri juga menyelar tuduhan kononnya kerajaan menyorokkan titah tersebut sedangkan Menteri Komunikasi dalam sidang medianya kelmarin menegaskan tiada seorang pun anggota Kabinet pernah melihat titah terbabit, apatah lagi menyembunyikannya.


"Tuduhan-tuduhan yang tidak bertanggungjawab seperti pihak kerajaan menyorokkan titah adendum adalah tuduhan yang tidak bertanggungjawab


"Pihak Kerajaan telah pun menjelaskan segala keputusan dan tindakan kerajaan berhubung titah adendum itu, dan ini jelas pihak kerajaan tidak masuk campur tangan kerana isu titah ini sekarang di bawah bidang kuasa judisiari ataupun kehakiman," katanya lagi.


Sehubungan itu pihak MPN Terengganu, kata Nazri, menyeru semua lapisan masyarakat agar merujuk kepada sumber yang betul dan tidak terpengaruh dengan propaganda murahan sesetengah pihak yang cuba menggangu gugat kestabilan negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page