top of page

'Henti amalan kartel, harga getah meningkat tinggi'



Oleh: Akmal Manaf


Peningkatan harga getah melebihi RM4 sekilogram sejak kebelakangan ini mungkin boleh dianggap sebagai kejayaan besar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan amalan kartel dalam industri berkenaan.


Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC), Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor berkata, kenaikan itu juga dilihat kerana tekad Anwar yang ikhlas mahu membantu pekebun kecil yang selama ini tidak mendapat harga setimpal daripada jerih perih mereka mengusahakan tanaman getah.


"Selepas PMX (Anwar) ambil alih (tampuk pemerintahan), baru harga getah melonjak.. Beliau membuat satu dasar supaya tidak ada lagi kartel. Sebelum ini ada kartel dan manipulasi.


"Dalam komuniti, kartel ini dia boleh kawal stok. Apabila stok dikawal, menyebabkan mereka boleh memanipulasi harga," katanya Supardi dalam siri podcast bertajuk 'Mengapa harga getah lebih baik pada masa sekarang?'


Menjelaskan lebih lanjut, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan berkata, kenaikan harga getah lazimnya dipengaruhi oleh polisi kerajaan, bukan sahaja akibat naik turun harga pasaran komoditi antarabangsa.


Hal itu, katanya, menjelaskan mengapa pada waktu harga getah dunia sebelum ini mencatat kenaikan tetapi harga komoditi tersebut di Malaysia masih rendah.


"Ia bergantung kepada dasar. Selama ini saya pun hairan mengapa permintaan (getah asli) lebih tinggi daripada pengeluaran tetapi harga turun?


"Ia bertentangan dengan teori ekonomi. Ada sesuatu yang tak kena.


"Maka, saya merasakan sesuatu telah dibuat menyebabkan teori ekonomi itu menjadi betul semula. Maka harga getah jadi melambung," kata Suparadi yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tanah Merah.


Beliau dalam podcast itu berharap pada masa hadapan lebih banyak kawasan kebun getah terbiar kembali diusahakan kerana pada waktu ini Malaysia telah jatuh ke tangga ke-7 sebagai pengeluar getah dunia berbanding nombor 1 pada era 1980an dan 1990an lalu.


Harga getah meningkat pada kadar RM4 hingga RM4.50 sekilogram sejak Ogos lalu. Harga tinggi itu memberikan pendapatan lumayan kepada penoreh sehingga menjangkau RM4,000 hingga RM6,000 sebulan berdasarkan keluasan kebun.


Sebelum ini, harga getah adalah antara RM3.00 hingga RM3.50 sekilogram.

1 comment

1 Comment


sallehidris62
Nov 09

Walau pun harga getah naik, penindasan tetap berlaku disebab pengusaha2 getah telah di monopoli bangsa cina. Peraih melayu kena sembelih penoreh pun lagi kuat kena sembelih.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page