Umat Islam yang merayakan Hari Raya Aidiladha hari ini diingatkan agar menghayati makna pengorbanan dalam menelusuri perjalanan hidup.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengorbanan sebagaimana peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Ismail a.s penting dalam memurnikan kehidupan sebagai hamba Allah.
"Bagi pihak seluruh keluarga Kementerian Dalam Negeri mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya yang terpilih berada di tanah suci Mekah. Semoga mendapat haji mabrur saya doakan.
"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam dan mudah mudahan hari raya korban dalam istilah kita masyarakat Melayu sebelah sini betul betul merupakan satu ibadah yang membolehkan kita memberi penghayatan tinggi tentang pengorbanan dalam perjalanan hidup kita sebagai hamba tuhan di muka bumi," katanya yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.
Comments