top of page

Hassan Karim tegur ucapan pemimpin pasukan Ayuh Malaysia



Gerakan Ayuh Malaysia tidak dinafikan memberi impak yang besar dalam kempen KEADILAN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Namun, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terdapat sudut yang perlu ditegur dalam gerak kerja pasukan itu terutama dalam ucapan di makan malam mengumpul dana, sebagaimana berlaku di Johor Jaya yang beliau hadiri baru baru ini.


Menurut Hassan, beliau yang diajak hadir oleh Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Pasir Gudang agak kurang senang terhadap ucapan para pemimpin pasukan Ayuh Malaysia kerana tidak banyak menyebut nama Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN sendiri.


"Saya tak ada masalah dengan Rafizi. Ucapannya bagus tetapi saya kurang senang dengan pemimpin pemimpin Nepoleon kecil dalam Ayuh Malaysia antaranya Ahli ahli Parlimen dan ADUN.


"Saya tak senang dengan budaya kultus yang mengagung agungkan Rafizi begitu sekali.


"Mereka yang berucap di atas pentas tak sepatah pun sebut nama Anwar Ibrahim, presiden parti. Nama parti KEADILAN pun macam taboo, langsung tak disebut," katanya dalam komen di media sosial.


Tambah Hassan, pemimpin yang berada di atas pentas Ayuh Malaysia seharusnya sedar jasa Ketua Umum KEADILAN sebelum ini yang sosoknya terpenjara juga pernah terlantar sakit hospital tetapi kekal sebagai de factor leader parti.


Cuma, kata Hassan, mujur Rafizi menyebut beberapa kali nama parti dan Pakatan Harapan.


Bagaimanapun, Hassan menganggap terdapat keperluan gabungan orang lama dan baharu dalam parti. Namun malangnya yang kerap disebut oleh penceramah adalah generasi baharu sahaja.


"Mereka banyak kali sebut kini masa untuk orang muda dan generasi muda. Saya melihat diri sendiri. Mungkin aku sudah tua sekarang.


"Tetapi apabila terpaksa berhadapan dengan polis dalam perjuangkan isu rakyat di Parlimen Pasir Gudang, Parlimen Johor Bahru dan Parlimen Tebrau ke mana pemimpin-pemimpin Ayuh Malaysia ini," katanya lagi.


Hassan berharap generasi baharu KEADILAN bersama sama generasi lama yang telah berkorban turun ke jalan raya, dibelasah dan dihina demi memenangkan KEADILAN dalam pilihan raya.


Katanya, gabungan lama dan baharu amat penting bagi menghadapi pertempuran terbesar dan paling sengit menentang BN pada PRU 15 akan datang.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page