top of page

Hasil penjimatan subsidi PMX mula dikembalikan kepada rakyat



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN BERITA: Berikutan perlaksanaan subsidi bersasar diesel bermula 10 Jun lalu, Kerajaan Madani kini telah mula mengembalikan hasil daripada penjimatan itu kepada rakyat.


Langkah pertama ialah apabila Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam mengumumkan penurunan harga sebanyak 3 sen bagi sebiji telur ayam.


Ini bermakna, harga baru bagi telur Gred A, B dan C bermula hari ini ialah 42 sen, 40 dan 38 sen sebiji.


Langkah menurunkan harga telur itu merupakan langkah pertama, dan dipercayai beberapa harga barangan keperluan lain tidak mustahil akan turut diturunkan selepas ini.


Penurunan harga barangan


Apabila semakin banyak penurunan harga dilakukan, bermakna lebih banyak manfaat secara langsung dinikmati rakyat negara ini.


Selain itu, penjelasan Perdana Menteri bahawa subsidi diesel tidak dihapuskan di sebalik harga di stesen minyak mengikut pasaran dunia haruslah difahami dengan jelas.


Sebenarnya subsidi diesel masih wujud, cuma dilaksanakan dalam bentuk bersasar kepada mereka yang memerlukannya seperti kenderaan logistik mengangkut barangan, bas sekolah, bas awam dan golongan berpendapatan rendah.


"Apa yang kerajaan lakukan adalah untuk memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.


"Kerajaan masih lagi menanggung sekitar RM7 bilion setahun untuk subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia," tegas Anwar.


Tujuan utama perlaksanaan dasar subsidi bersasar bagi diesel adalah bagi memastikan pembaziran subsidi tidak berlaku dalam masa sama hasil daripada penjimatan dapat dipulangkan kepada rakyat.


Dalam kenyataannya, Anwar turut menjelaskan, hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat.


Minyak masak kekal bersubsidi


Dalam waktu sama, Anwar menjelaskan, kerajaan masih mengekalkan harga jualan minyak masak sawit tulen kemasan botol pada RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg) sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan meski harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890/mt.


"Sebagai contoh dengan harga CPO pada bulan Mac RM4,215/mt dan April RM4,256/mt, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga RM33-RM35," katanya.


Ertinya, di sebalik ramai yang 'bising-bising' berkenaan isu diesel, agenda memastikan rakyat terus menikmati kehidupan yang selesa tidak pernah diabaikan oleh kerajaan.


________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page