top of page

Hasil pendapatan negeri digunakan untuk program rakyat - Amirudin



Kerajaan Negeri Selangor akan membelanjakan hasil pendapatan hampir RM3 bilion diperoleh tahun lalu untuk pelbagai program termasuk pelaksanaan skim Iltizam Anak Selangor.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri memerlukan dana yang besar bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang dirancang dapat berjalan lancar dalam tempoh 10 tahun akan datang.


"Kita ada komitmen besar ke hadapan ini, contohnya untuk tabung anak Selangor (Iltizam Anak Selangor). Kumpulan pertama pada awal 2026 dan kita perlukan dana besar.


"Ini antara komitmen yang akan dilunaskan (dengan pendapatan hasil). Kita juga akan lihat keperluan tambahan mengikut keadaan semasa. Saya rasa mungkin akan dimuktamadkan menjelang pertengahan tahun ini," kata Naib Presiden KEADILAN itu dipetik.


Beliau sebelumnya menghadiri Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Isnin.

Program Iltizam Anak Selangor merupakan inisiatif kebajikan rakyat membabitkan simpanan tabung untuk anak Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang layak akan dibukakan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun penerima.


Wang tabungan yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page