top of page

Hasil minyak, gas: Sarawak tuntut hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia


Senator Abun Sui Anyit (kiri) dan Senator Roderick Wong Siew Lead di ruang media, Parlimen Malaysia
Senator Abun Sui Anyit (kiri) dan Senator Roderick Wong Siew Lead di ruang media, Parlimen Malaysia

Oleh: Akmal Manaf


Tuntutan Sarawak mendapatkan semula hak penuh ke atas sumber minyak dan gas adalah berlandaskan sejarah, perundangan yang sah dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Menurut satu kenyataan bersama dikeluarkan Senator Pakatan Harapan (PH) Sarawak, mereka menepis naratif sesetengah pihak yang cuba 'memomokkan' bahawa 'Sarawak menuntut lebih' hasil galian berkenaan.


''Kami menggesa agar Kerajaan Negeri sebagai wakil yang diberi mandat oleh rakyat Sarawak, agar memperjuangkan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.


''Lebih-lebih lagi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di mana Kerajaan MADANI telah berjaya menyelesaikan 11 tuntutan Sabah dan Sarawak dalam MA63 setakat ini.


''Tuntutan yang dibuat juga berlandaskan Akta Pembangunan Pembangunan Petroleum 1974 (PDA1974) yang digubal dan telah dipersetujui oleh ahli-ahli Parlimen termasuk dari Sarawak pada 1974,'' kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Senator Abun Sui Anyit dan Senator Roderick Wong Siew Lead.


Justeru, mereka berharap pihak-pihak tertentu tidak cuba untuk membangkitkan naratif yang boleh mengelirukan rakyat Malaysia seperti 'Sarawak menuntut lebih'.


Katanya, sekarang merupakan proses pemulangan hak-hak Sarawak yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa pembentukan Malaysia terdahulu.


''Hanya di era Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hak-hak Sarawak dalam MA63 dipulangkan yang menyaksikan 11 perkara telah diselesaikan iaitu yang tidak pernah diberi sebelum era Kerajaan MADANI.


''Hanya dalam era Kerajaan MADANI hak-hak Sarawak sedang dikembalikan. Justeru Kerajaan Negeri sewajarnya mengambil peluang dalam Kerajaan MADANI ini agar bekerjasama baik dengan Kerajaan Pusat supaya hak-hak Sarawak dapat dikembalikan,'' ujar mereka lagi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page