top of page

Hasil lawatan PMX ke UK: Malaysia raih potensi pelaburan RM11 bilion


PM Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berdialog bersama kapten industri - Foto Amir Haziq/PMO
PM Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berdialog bersama kapten industri - Foto Amir Haziq/PMO

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke United Kingdom (UK) baru-baru ini telah mencipta pelbagai kejayaan yang menjulang nama Malaysia ke persada dunia.


Bukan sahaja potensi pelaburan dapat diraih tetapi juga hubungan Kuala Lumpur-London semakin erat.


Menyusuri lawatan kerja PM ke London, dalam pertemuan dan perbincangan dua hala antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya iaitu Perdana Menteri UK, Sir Keir Starmer, mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama ke tahap perkongsian strategik.


Ia antaranya dengan memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharu, kecerdasan buatan dan digital, perubahan iklim, pendidikan tinggi, pertahanan, politik serta keselamatan.


Dalam isu genjatan senjata Israel-Palestin, Anwar dan Starmer juga senada dalam menyokong perjanjian genjatan senjata pada kadar segera.


Sebagaimana semua lawatan ke luar negara sebelum ini, tumpuan utama Anwar ialah pelaburan dan perdagangan.


Pertemuan kapten industri


Di UK, beliau telah mengadakan pertemuan dengan 31 wakil industri dan syarikat terkemuka di negara itu yang meliputi sektor pembuatan dan perkhimatan, perbankan farmaseutikal, automatif, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui dan pertahanan.

Noraini Nordin
Noraini Nordin

Melalui pertemuan tersebut, potensi pelaburan bernilai RM11 bilion berjaya diraih dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital, automotif, perbankan, hartanah dan petrokimia.


Selain itu, potensi eksport bernilai RM500 juta turut berjaya dijana dalam tempoh lima tahun akan datang berkaitan produk peralatan dan komponen pesawat, perabot, makanan serta minuman.


Dalam lawatan ke UK, Anwar juga menyampaikan ucaptama dan bertemu syarikat-syarikat pengurus dana terkemuka dunia dalam program yang dianjurkan oleh Invest Malaysia.

Promosi Malaysia negara selamat


Melalui program itu, Anwar mengambil kesempatan mempromosikan inisiatif ASEAN dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).


Perdana Menteri turut dijemput untuk menyampaikan syarahan umum di London School of Economics & Political Science (LSE) bertajuk “The Adaptive Edge: Malaysia's GlobalStrategy in Uncertain Era”.


Dalam ucapannya, beliau antara lain mempromosikan Malaysia sebagai lokasi aman dan selamat, bebas dan terbuka, serta mengutamakan dasar yang jelas, mampan, terangkum dan berdaya tahan.


Lawatan ke UK turut memberi makna tambahan kerana Perdana Menteri yang merasmikan dua projek yang melibatkan syarikat Malaysia.


Projek pertama ialah mengubah Bristol Brabazon menjadi kawasan pembangunan utama yang dibangunkan oleh YTL Group.


Projek tersebut dijangka menjana potensi eksport Malaysia berjumlah RM1.1 bilion dalam 5 tahun akan datang.


Projek kedua ialah Ladang Solar Kampana oleh TNB yang bernilai RM600 juta dan berupaya menjana 35 megawatt tenaga elektrik untuk kegunaan 14,000 isi rumah dalam setahun.


Kedua-dua projek ini memberi makna yang besar kepada prestasi syarikat Malaysia dalam membina nama di negara maju, sekaligus memberi keuntungan kepada negara.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page