top of page

Hari terbuka KPDN: Pendaftaran SKDS, program penjelasan terus diberikan



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus menganjurkan program penerangan berkenaan dasar penyasaran subsidi.


Menurut Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh, penganjuran Hari Terbuka Terbuka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0), Program Karnival Kepenggunaan dan Program Jualan RAHMAH MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang pada semalam dan hari ini adalah langkah berterusan kerajaan menyantuni rakyat yang memerlukan subsidi bagi kegunaan perniagaan atau persendirian.


"Objektif penganjuran Hari Terbuka SKDS 2.0 ini untuk memberi ruang kepada syarikat-syarikat dengan jenis-jenis pengangkutan layak memohon mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut terkini secara bersemuka tentang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh Kerajaan.


"Syarikat syarikat pengangkutan terbabit juga boleh terus mengemukakan kedua dua kategori permohonan, iaitu mendapatkan kelulusan SKDS melalui sistem MySubsidi Diesel KPDN dan seterusnya mendapatkan fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilihan mereka," katanya dalam kenyataan.


Kata Fuziah, selain menyediakan kaunter khidmat pelanggan bagi pendaftaran SKDS 2.0 dan BUDI MADANI, KPDN Negeri Pulau Pinang juga menganjurkan taklimat SKDS 2.0 kepada para pengunjung.


Pengunjung boleh bertanya dan mendapatkan penjelasan pada hari terbuka SKDS

Malah hari terbuka tersebut, katanya, dianjurkan dengan kerjasama strategik bersama beberapa peneraju syarikat minyak (BHP, PETRONAS, Petron, Shell dan Caltex) dalam membantu syarikat-syarikat di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) di Semenanjung Malaysia untuk membuat permohonan dengan lebih mudah dan lancar.


"KPDN Negeri Pulau Pinang dalam pada itu turut mengadakan Karnival Kepenggunaan dalam memupuk semangat kesedaran berkaitan advokasi kepenggunaan kepada rakyat khususnya dalam meningkatkan kesedaran pengguna terhadap hak-hak tuntutan


"Antara pengisian menarik karnival adalah siri Pocket Talk berkaitan Tebus Rugi oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Pendaftaran Syarikat olehSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kelebihan aplikasi PriceCatcher oleh KPDN Negeri Pulau Pinang.


"Taklimat yang berkonsepkan people centric juga dilaksanakan untuk membentuk komuniti pengguna yang berdaya upaya, menggalakan kolaborasi pihak Kementerian dengan orang awam demi kepentingan pengguna, dan memberi pendedahan saluran aduan yang betul untuk dilaporkan kepada Kementerian," ujarnya.


Hari terbuka itu juga menganjurkan Pertandingan Mewarna Kepenggunaan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang serta Pertandingan e-Sports Kepenggunaan yang melibatkan komuniti setempat.


Pada masa sama, KPDN Pulau Pinang menjalankan Program Jualan RAHMAH MADANI Bergerak yang menawarkan jualan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran dengan potongan harga sebanyak 10 hingga 30 peratus.


Antara barangan keperluan harian yang boleh didapati ialah ayam segar, telur, beras import, minyak masak botol, gula bertapis, tepung gandum, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah dan lain-lain barangan keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page