
Hari Sukan Negara merupakan satu usaha kerajaan untuk membudayakan rakyat mencintai sukan dan aktiviti riadah untuk menyihatkan tubuh badan.
Bagi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Tapak Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok semalam adalah satu peluang terbaik untuk rakyat membiasakan diri dengan bersukan pada waktu lapang dan di mana sahaja.
"Sambutan ini satu agenda nasional yang disambut setiap tahun dengan penuh semangat, bertujuan membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia atau latar belakang.
"Sukan bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga merupakan landasan untuk menyatukan rakyat, memperkukuhkan perpaduan, dan melahirkan masyarakat yang lebih sihat serta dinamik," katanya.

Tambah Saifuddin, Hari Sukan Negara mendukung empat objektif utama iaitu Menggalakkan gaya hidup yang aktif dan cergas untuk kesihatan fizikal dan mental; Memperkukuhkan pembudayaan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup rakyat; Mengeratkan semangat perpaduan melalui sukan yang mampu menyatukan rakyat tanpa mengira perbezaan dan Menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui industri sukan dan rekreasi yang semakin berkembang pesat.
"Marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini dan menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
"Dengan semangat yang sama, kita mampu membina masyarakat yang lebih kuat, sihat, dan bersatu," katanya lagi.
Tetap aktif selalu penting bagi saya, bukan hanya untuk kesihatan fizikal tetapi juga untuk kesejahteraan mental. Hari Sukan Negara adalah peringatan yang hebat tentang betapa pentingnya gaya hidup sihat untuk semua orang. Bersenam secara teratur meningkatkan mood, meningkatkan tahap tenaga, dan membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan. Bahkan perubahan kecil, seperti berjalan lebih banyak atau mencuba aktiviti baru, dapat membuat perbezaan besar. Keseimbangan adalah kunci-tetap sihat tidak bermaksud melepaskan hiburan. Ramai orang menikmati permainan semasa masa lapang mereka, dan meneroka platform seperti https://plinko.my/ boleh menjadi sebahagian daripada kelonggaran. Mencari masa untuk pergerakan dan Hiburan mencipta gaya hidup yang baik. Mengutamakan kesejahteraan memberi manfaat kepada individu dan komuniti, menjadikan acara seperti ini lebih bermakna. Menggalakkan sukan dan aktiviti harian adalah satu langkah…