Ulang tahun ke 61 kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British dengan penyertaan ke dalam persekutuan Malaysia seharusnya menjadi kemakmuran kepada seluruh rakyat yang pelbagai kaum.
Hal itu diungkapkan dalam kenyataan Senator Abun Sui Anyit sempena Hari Sarawak pada hari ini.
Menurut beliau, diharapkan hari ulang tahun ini akan mematangkan pemerintahan negeri untuk menuju kemakmuran bersama bandar - luar bandar dalam seiring menikmati kemajuan.
"Selamat menyambut Hari Sarawak ke 61.
"Semoga dalam kematangan usia Kerajaan Sarawak, pemimpinnya diharap menjadi lebih matang membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat tanpa meminggirkan mana mana kumpulan dan kaum di Sarawak," kata Abun Sui dalam kenyataan.
Beliau berharap perjalanan ke hadapan Sarawak di dalam Kerajaan Perpaduan lebih utuh, serta peruntukan yang lebih besar kepada negeri dinikmati bersama.
"Ini penting supaya tidak ada mana mana pihak tercicir menikmati kemakmuran daripada tanah air kita Sarawak yang kaya raya dari anugerah Tuhan," katanya lagi.
Comments