top of page

Hari Pekerja iktiraf peranan pekerja sektor rendah hingga tertinggi



Hari Pekerja yang disambut pada setiap tahun bukan untuk diraikan dengan pesta tetapi untuk menghargai jasa pekerja dari peringkat rendah sehingga tertinggi.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI terus menghargai kemajuan ekonomi dan pembangunan negara yang disumbangkan oleh golongan pekerja.


Katanya, Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini untuk mengiktiraf setiap sumbangan keras pekerja di negara ini.


"Saya harap Hari Pekerja pada tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu dari segi ganjaran, rasa hormat dan rasa ihsan kepada pekerja itu dapat kita tingkatkan," katanya.


Anwar mewakili Kerajaan MADANI mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan pekerja selama ini.


Sambutan Hari Pekerja tahun ini bertema 'Pekerja Kesuma Bangsa' dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page