top of page

Hari Malaysia: Tolak perpecahan, permusuhan, julang kebersamaan - PM



Hari Malaysia sempena penubuhan negara Malaysia ke-61 tahun hari ini menitik beratkan nilai kebersamaan dan perasaan harmoni dalam kalangan rakyat untuk hidup aman dan damai.


Hal itu diungkap dalam perutusan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu Hari Malaysia dijadikan sebagai titik kecintaan mendalam pelbagai kaum terhadap negara.


"Selama 61 tahun negara Malaysia yang kita cintai telah terbentuk dan dalam tempoh itu, pelbagai rintangan yang mematangkan telah berjaya kita tempuhi bersama-sama.


"Sambutan yang diraikan saban tahun ini harus menjadi cetusan semangat dan manifestasi perpaduan selain kecintaan mendalam kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia merentasi kaum, agama dan budaya," katanya.


Justeru, Anwar menyeru agar rakyat menolak sebarang percubaan untuk mewujudkan perpecahan dalam kalangan masyarakat dan bersatu padu bagi melonjakkan potensi negara.


"Ayuh semangati erti penubuhan Malaysia yang bebas dan merdeka, menolak perpecahan dan permusuhan serta menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tingkat tertinggi.


"Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-61," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page