top of page

Hari Malaysia: Hak Semua Kaum Dijamin Perlembagaan

Updated: 1 day ago



Oleh: Senator Abun Sui Anyit


ULASAN: Sempena Hari Malaysia tahun 2024 ini, Kerajaan Madani menggunakan tema Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka ke-61 ini, saya terlebih dahulu mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.


Sempena hari Malaysia ini juga saya ingin membahas ucapan sulung Bapa Kemerdekaan Malaysia Al-Marhum YAB Tunku Abdul Rahman yang menyampaikan ucapan sulungnya berlandaskan Watikah Pemasyuran Malaysia seperti berikut (sebolehnya ejaan daripada teks asal terjemahan dikekalkan):


“…DENGAN INI MENGISTIHARKAN DAN MEMASHHORKAN bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun sa-ribu sembilan ratus enam puloh tiga bersamaan dengan Dua puloh lapan hari bulan Rabi’ul Akhir tahun Hijrah sa-ribu tiga ratus lapan puloh tiga, MALAYSIA yang mengandongi Negeri Pahang, Negeri Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul-Alamin akan kekal menjadi sa-buah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan ke'adilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umat- nya dan mengekalkan keamanan di-antara segala bangsa di-dunia ini.


Kuala Lumpur


Enam belas hari bulan September 1963.”


Kekal keamanan antara segala bangsa


Daripada petikan Watikah Pemasyuran Malaysia, iaitu pada Hari Malaysia yang pertama di atas dapat disimpulkan terdapat lapan nilai – nilai asas yang boleh dijadikan panduan kepada kita rakyat Malaysia hidup dalam satu Negara Malaysia iaitu: (i) Negara demokrasi (ii) merdeka (iii) berdaulat, (iv) kebebasan, (v) ke'adilan (vi) memelihara keamanan, (vii) kemesraan umat-nya dan (viii) mengekalkan keamanan di-antara segala bangsa di-dunia ini.

Senator Abun Sui Anyit

Saya fokus kepada nilai yang kelapan sempena Hari Malaysia kali ini, iaitu mengekalkan keamanan di-antara segala bangsa di dunia ini.


Frasa yang digunakan di dalam watikah tersebut: mengekalkan keamanan di-antara segala bangsa di dunia ini yang membawa maksud kita perlu mengekalkan keamanan di antara semua bangsa di dunia. Ini juga bagi saya membawa maksud lebih lebih lagi di antara kita sesama rakyat Malaysia.


Umat merdeka juga membawa maksud kita sebbagai rakyat Malaysia adalah bebas dan merdeka.


Walau bagaimanapun terdapat segelintir pihak yang cuba memesongkan kita dari landasan asas hidup bernegara seperti yang dimasyurkan oleh Tunku Abdul Rahman ini dengan hak – hak mereka terancam sambil menekan kaum minoriti yang mereka lihat lebih lemah.


Hak termaktub dalam Perlembagaan


Marilah kita hidup aman dan damai dengan mengamalkan nilai nilai dari ucapan Tunku Abdul Rahman ini dan menikmati hak-hak kita yang telahpun termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.


Semua pemimpin politik perlu menggalakan perpaduan tanpa mengatakan bangsa kita, agama kita sedang terancam. Tidak ada yang sesiapa yang mengancam sesiapa. Cuma pemimpin-pemimpin tertentu yang tidak bertanggungjawab hanya melaga-lagakan kaum di Malaysia supaya mereka kelihatan merekalah jaguh bangsanya.


Saya ingin ingatkan lagi bahawa hak hak semua kaum telah diselesaikan dan telah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Contohnya Perkara 3, 5, 8, 152, 153 dan banyak lagi.


Bermakna hak hak semua kaum terutamanya kaum majoriti Melayu sudah sangat terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia.


Berpolitik dengan sederhana


Sewajarnya kalau kita berpolitik tidak perlulah kita menggunakan elemen-elemen “menjuarai” hak kaum masing-masing kononnya kitalah paling menjaga dan juara hak kaum kita dan agama kita sedangkan hak – hak itu sudah lama selesai dan telahpun termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.


Apa yang kita perlu buat adalah melaksanakan sahaja hak hak itu dan pada masa yang sama kita hormati hak-hak orang lain yang juga termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Justeru tidak ada hak kaum tertentu di dalam Negara ini terancam kerana telahpun terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia. Marilah kita menghayati nilai "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" sebagai rakyat Malaysia dengan jiwa yang benar benar merdeka.

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page