top of page

Hari Kemerdekaan Sarawak: Perjuangan KEADILAN memartabatkan rakyat Sarawak



Oleh: Abdullah Zaid


Sambutan Hari Sarawak menyemarakkan semangat rakyat Bumi Kenyalang untuk menabur bakti kepada negeri tercinta.


Namun menurut Pengerusi KEADILAN Sarawak, Roland Engan, sambutan tersebut bagi KEADILAN lebih diingati sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.


Walaupun Hari Sarawak disambut meriah di kawasan bandar katanya, sambutan sama belum dirasai sepenuhnya di kawasan pedalaman, khususnya kampung-kampung yang masih mundur dari segi jalan perhubungan, komunikasi dan jauh daripada perkhidmatan Kerajaan seperti sekolah dan klinik desa.


Oleh itu, katanya, Hari Kemerdekaan Sarawak mengingatkan anggota KEADILAN kepada perjuangan awal Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu dalam mengikrar Deklarasi Kuching yang mahu memartabatkan hak hak rakyat Sarawak.


"Pada 16 Julai 2012, apabila Pakatan Rakyat pada masa itu menandatangani Deklarasi Kuching 2012, rakyat Sarawak diperingatkan tentang perjuangan memartabatkan hak sebagai rakyat merdeka dan menyumbang secara maksimum kepada pembangunan Malaysia.


"Setelah Arwah Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) mengambil-alih tugas sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 2015, banyak dasar perjuangan KEADILAN untuk rakyat Sarawak diterima pakai sebagai dasar baru pentadbirannya tanpa pindaan, jelas pada matlamat perjuangan parti politik yang memerintah Sarawak pada ketika itu


"Sejak digazetkan sebagai cuti umum (Hari Sarawak) pada 2016, KEADILAN Sarawak kekal setia menyambutnya sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak, bukan sekadar Hari Sarawak," kata Roland dalam satu kenyataan.


Justeru, beliau berharap sambutan Hari Sarawak itu selepas KEADILAN mengukir sejarah sebagai parti pemerintah Malaysia seharusnya disertai semua pihak termasuk kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, masyarakat sivil, konsulat asing dan sebagainya.


"Semua pencapaian bersejarah Sarawak sejak 22 Julai 1963 perlu diwar-warkan oleh media seluruh negara supaya semua rakyat tanpa mengira kawasan bandar atau pedalaman (dapat merasai perayaan berkenaan).


"Bagi KEADILAN Sarawak, setiap kali perayaan Hari Kemerdekaan Sarawak maka ianya merupakan ruang dan peluang untuk kita menilai pencapaian kemerdekaan rakyat Sarawak untuk bebas memanfaatkan kebolehan inovasi dan kreativiti untuk melakukan apa sahaja yang mulia, adil dan baik demi negeri tercinta," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page