top of page

Hari Ibu: Penghargaan buat semua ibu di Malaysia - Fadhlina



Sempena Hari Ibu yang jatuh pada 12 Mei hari ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memilih untuk melawat para ibu yang baharu menimang cahaya mata di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM, Cheras.


Lawatan beliau pagi tadi ditemani Prof. Emerita Tan Sri Datuk Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Yang Di Pertua National Council of Women’s Organizations (NCWO), Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan kepimpinan hospital.


Menurut Fadhlina, terapat lebih 50 orang ibu bersama bayi comel mereka sempat disantuni dalam lawatan berkenaan.


"Saya sempat membacakan doa khusus buat semua bayi yang beragama Islam dan menitipkan pesanan buat yang bukan Muslim.

"Sempena sambutan Hari Ibu pada hari ini, saya rakamkan penghargaan kepada semua ibu di Malaysia. Hakikatnya, setiap hari ialah hari ibu," katanya yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat.


Semenara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa mengucapkan selamat Hari Ibu kepada mereka yang terus menerus memberikan perhatian serta kasih sayang kepada anak anak tercinta.


"Di sebalik setiap kebahagian, kejayaan dan ketabahan, ada sentuhan lembut seorang ibu. Tiada kata yang mampu menyatakan betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.


"Seorang ibu adalah pelabuhan yang aman di tengah badai, sebuah cahaya dalam kegelapan dan cinta tanpa syarat yang tidak pernah mati. Selamat Hari Ibu," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page