top of page

Hari Alam Sekitar Sedunia: Manfaatkan sisa makanan sebagai baja organik



Oleh: Abdullah Zaid


Hari Alam Sekitar Sedunia yang jatuh hari ini memerlukan rakyat berfikir untuk menjadikan persekitaran lebih lestari dan mengelakkan berlakunya pencemaran.


Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung rakyat Malaysia seharusnya memberi lebih komitmen terhadap isu pembuangan sisa makanan yang boleh diguna semula sebagai baja.


Menurutnya, kaedah pengawalan sepertu itu perlu memandangkan hampir 50% jumlah sisa pepejal sampah sarap adalah sisa makanan dan sekiranya tidak dikawal maka tapak pelupusan sampah di seluruh negara dibimbangi akan menghadapi krisis menjelang 2050.


"Ramai yang tidak tahu bahawa sisa makanan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah menghasilkan sejumlah besar gas metana, yang memberi 21 kali ganda pemanasan global berbanding karbon dioksida yang memberi kesan buruk dalam pemanasan global.


"Sekiranya sisa makanan dikumpul secara berasingan daripada sampah biasa ia akan mengurangkan jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan sampah," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas beliau, sisa makanan itu boleh dikitar semula dan memberi manfaat kepada masyarakat.


"Sisa makanan boleh dikitar semula menjadi makanan atau baja organik melalui kaedah pengkomposan dan pemproses sisa makanan," ujarnya.


Sehubungan itu, katanya, pihak beliau telah mengambil inisiatif memperuntukkan 160 kilogram baja organik yang terhasil daripada sisa makanan ke empat ladang komuniti di Petaling Jaya untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar.


Katanya, inisiatif itu mampu menarik minat orang ramai menggunakan semula sisa makanan sebagai bahan organik untuk dijadikan sebagai baja bagi menghasilkan sumber makanan kepada manusia.


"Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, marilah kita mengambil pendekatan hoslistik dan mampan terhadap pengurusan sisa kita," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page