top of page

'Hargai permohonan maaf Najib, proses keadilan diteruskan' - Roland



Permohonan maaf bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak terkait isu kecurangan kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan suatu tindakan yang dialu alukan.


Namun menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADIILAN Sarawak, Roland Engan, permohonan maaf itu tidak akan menghalang keadilan daripada ditegakkan melalui proses mahkamah yang sedang berjalan.


"Berkenaan permohonan maaf mantan PM, Datuk Seri Najib berkaitan isu 1MDB melibatkan dirinya, ia suatu usaha murni di pihak Najib untuk berbuat demikian.


"Walau bagaimanapun, Datuk Seri Najib masih perlu melalui proses perbicaraan mahkamah.


"Saya secara peribadi menghargai usaha beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa menjejaskan ketegasan undang-undang untuk menghukum beliau, jika didapati bersalah. Semua warganegara sama rata di bawah undang-undang," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, Roland Engan mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'terima baik' permohonan maaf Najib semalam.


Katanya, ungkapan PM itu kerana beliau menghargai usaha Najib membuat permohonan maaf setelah berlaku kecurangan kewangan di pihak 1MDB yang merugikan rakyat sebelum ini.


"Saya percaya bahawa PM Datuk Seri Anwar juga menghargai usaha Datuk Seri Najib untuk memohon maaf dalam konteks yang sama," katanya lagi.


Kelmarin, dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib bekas PM itu memohon maaf di atas kecurangan yang berlaku dalam 1MDB ketika berada di bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada waktu penyelewengan terjadi.


Najib menambah, sepanjang tempoh menjalani hukuman penjara 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan signifikan berkaitan isu 1MDB beliau terpanggil untuk membuat permohonan maaf tersebut.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page