top of page

Hargai pengorbanan guru, ibu bapa - Dr Wan Azizah



Golongan pelajar diseru menghargai pengorbanan guru dan ibu bapa yang telah bertungkus-lumus memastikan mereka mendapat peluang pendidikan terbaik.


Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kejayaan anak-anak juga adalah hasil usaha guru dan ibu bapa yang tidak jemu membimbing mereka.


"Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh guru dan ibu bapa, jadi ingatlah (jasa mereka) dan sentiasa berpegang dengan budaya timur kita yang penuh dengan nilai sopan santun," katanya dipetik.


Dr Wan Azizah sebelumnya berucap berucap merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SPM Sungai Bakap 2023 di Nibong Tebal pada Selasa.


Majlis yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dan Pengarah Pendidikan negeri Abdul Said Hussain itu diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang 155 pelajar lima sekolah di kawasan itu.


Pada ucapannya, Wan Azizah turut menyifatkan pendidikan sebagai sangat berharga dan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menolak kerja bergaji tinggi di Amerika Syarikat semata-mata ingin menubuhkan sekolah untuk pelajar yang tercicir dalam pelajaran.


"Pada masa itu, beliau merupakan graduan dari Universiti Malaya dan ditawarkan kerja di New York dengan gaji US$3,000 namun beliau tolak untuk menubuhkan sekolah untuk pelajar tercicir.


"Sekolah tersebut ditubuhkan untuk beri mereka peluang kedua dalam pembelajaran. Itu menunjukkan betapa pentingnya pendidikan untuk PMX (Perdana Menteri ke-10)," katanya sambil menyatakan harapan pelajar akan menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page