top of page

Hargai kesungguhan Kerajaan Madani siapkan loji air Jenun - Dato' Zulkifly Mohamad


Datuk Zulkifli (kanan sekali) turut hadir dalam lawatan ke LRA Jenun Baru bersama YB Akmal Nasir
Datuk Zulkifli (kanan sekali) turut hadir dalam lawatan ke LRA Jenun Baru bersama YB Akmal Nasir

KEADILAN Cabang Pendang, Kedah menghargai kesungguhan Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan untuk menyiapkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Jenun Baru.


Ketua Cabang Pendang, Dato' Zulkifly Mohamad berkata, kesungguh itu terbukti dengan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang telah beberapa kali turun padang memantau perjalanan projek berkenaan yang dimulakan setelah diluluskan pada 2020 lalu.


"Terima kasih saya ucap sebagai Ketua Cabang Pendang di atas keprihatinan Timbalan Menteri Akmal Nasir yang telah beri sepenuh perhatian, beberapa kali turun untuk pastikan projek LRA Jenun berjalan dengan baik," kata Zulkifli dalam kenyataan.


Sebelum itu, kata beliau, projek perkenaan pernah mengalami kelewatan setelah tergendala pembinaan terutama ketika negara menghadapi pandemik Covid 19.


"Projek di Pendang ini antara projek berjalan dengan lancar (pada waktu ini) dan dijangka akan dibuat percubaan pada bulan April atau Mei untuk keseluruhan projek, dan mungkin pertengahan tahun ini loji itu akan mula berfungsi dan rakyat Kedah terutama masyarakat Pendang perlu berterima kasih kepada kerajaan pusat.


"Kerajaan puat beri perhatian bangunkan LRA ini. Maka masalah air melibatkan Bukit Raya, Pekan Pendang, Tokai, masalah air yang begitu teruk akan selesai," katanya.


Untuk rekod, Datuk Zulkifli bersama Ahli Jawatankuasa JKKP antara yang turut melawat perjalanan projek LRA Jenun Baru baru baru ini ketika Akmal melawat ke tapak projek berkenaan.


Laporan media sebelum ini menyebut, sejumlah 49,000 akaun pengguna air di Pendang dan Yan serta sebahagian kawasan Gurun akan menerima manfaat selepas projek menaik taraf Loji Rawatan Air Jenun Baru siap.


Kerja menaik taraf LRA bernilai RM156.85 juta itu apabila siap sepenuhnya berkeupayaan menjadikan kapasiti pengeluaran bekalan air daripada 55 juta liter sehari (MLD) kepada 110 MLD.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page