top of page

‘Harga telur turun, bukti penjimatan subsidi dikembalikan kepada rakyat’

Updated: Jun 20



Oleh: Abdullah Zaid


Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C sebanyak 3 sen sebiji yang diumumkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin amat melegakan keluarga B40, peniaga kecil dan penjaja.


Sehubungan itu Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail optimis penurunan harga telur itu merupakan permulaan kepada kepada berita baik lain hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.


Katanya, biarpun pengumuman gembira itu mendapat sindiran termasuk daripada bekas PM Muhyiddin Yassin yang cuba memperkecilkan tindakan PMX namun penurunan harga tersebut sedikit sebanyak telah melegakan kewangan rakyat.

Siti Aishah Shaik Ismail

"Ramai yang menjadikan harga telur sebagai sindiran kepada kerajaan namun ingin saya tekankan tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam adalah permulaan yang baik kepada manfaat besar yang lain.


"Pokoknya Perdana Menteri sedang menyelamatkan negara ini dan sedang membina asas mengukuhkan ekonomi untuk generasi akan datang.


"Oleh itu, pihak pembangkang perlu ingat bahawa semasa kamu menjadi kerajaan dahulu tiada telur di pasaran, dan kerajaan hari ini ada telur yang mencukupi untuk membantu rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.


Isnin lalu PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga runcit terkini bagi telur ayam gred A, B dan C yang masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji.


Kata PM, penampungan subsidi keseluruhan 10 sen bagi sebiji telur ayam itu membabitkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada 2023, peruntukan untuk subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page