top of page

Harga padi: Kerajaan Selangor atur pertemuan bersama pesawah



Kerajaan Negeri Selangor bakal mengadakan pertemuan dengan golongan pesawah di negeri itu dalam tempoh terdekat.


Exco pertanian negeri Datuk Ir Izham Hashim berkata, pertemuan itu bagi menerangkan usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi selain menyelesaikan beberapa isu semasa seperti harga belian padi dan syarat baharu subsidi untuk peralatan yang menjadi kebimbangan pesawah.


"Pertemuan dengan pesawah di negeri ini bakal diadakan pada Februari ini sebelum bermulanya sidang Dewan Negeri Selangor yang dijadual bermula 18 Februari.


"Kita akan menjelaskan beberapa perkara mengenai usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran termasuk menyelesaikan isu semasa seperti harga dan kaedah subsidi," katanya dipetik.

Beliau sebelumnya menghadiri mesyuarat antara Kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Selasa.


Media sebelum ini melaporkan kira-kira 4,000 pesawah di Sungai Besar merungut berikutan harga belian padi turun mendadak kepada RM1,400 berbanding RM1,650 per tan pada musim lalu.


Izham berkata pentadbiran negeri sudah mengenal pasti beberapa pendekatan untuk membantu menyelesaikan masalah kemerosotan harga belian padi.


Sementara itu sebagai mengulas mesyuarat dihadiri sempena kunjungan hormat delegasi kerajaan Negeri Sembilan diketuai Exco Kanan Pertanian Datuk Seri Jalaludin Alias beliau berkata, negeri itu berhasrat mempelajari kaedah pengurusan agromakanan selain mengetahui lanjut mengenai penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang berperanan menguruskan sektor pertanian dan sekuriti makanan negeri itu.


"Kita berkongsi pengalaman dan sedikit kepakaran yang kita ada kepada mereka untuk membangunkan sebuah agensi atau perbadanan seperti PKPS.


"InshaAllah, ini bukan pertemuan pertama dan akan ada beberapa lagi kerjasama selepas ini. Kita harap Negeri Sembilan berjaya membangunkan sebuah badan yang sesuai selepas ini," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page