top of page

Harga getah naik RM4.40 sekilo, usaha PM Anwar patut dihargai



Oleh: Akmal Manaf


Usaha Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim membela nasib golongan penoreh getah di negara ini seharusnya dihargai oleh rakyat.


Pengerusi Biro Pertanian KEADILAN, Dr Azman Ismail berkata, adalah sangat dikesalkan apabila usaha itu dipandang ringan malah dipropagandakan oleh laskar siber sebagai perkara yang berlaku secara 'semula jadi' akibat naik turun pasaran dunia.


Katanya, harga getah yang tinggi hari ini selain daripada harga pasaran yang melonjak turut bergantung kepada pertambahan subsidi kerajaan sejak Datuk Seri Anwar berkuasa, bersama langkah strategi lebih baik perniagaan getah di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan oleh pasukan dari kementerian.


"Perkara tersebut harus diberikan kredit dengan jelas. Itu merupakan hasil usaha dalam jangka masa hampir dua tahun kerajaan (Madani) ditubuhkan.


"Pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang bersuara lantang, mereka kebanyakannya tiada 'point'.


"Mereka perlu diberikan penjelasan yang lebih mendalam dan perlu mengamalkan sikap terbuka," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peningkatan harga getah cair mencecah RM4.40 sekilogram hari ini berbanding RM2.75 sekilogram sewaktu PN memerintah tiga tahun lalu.


Tegas Dr Azman, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengendalikan sektor ekonomi dengan cemerlang termasuklah juga komoditi. Katanya, Kerajaan telah meningkatkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) selama dua tahun berturut-turut, yang terakhir pada Belanjawan 2024 dengan peruntukan berjumlah RM400 juta.


Mengulas mengapakah Kerajaan PN ketika memerintah tidak mampu memberikan subsidi harga getah yang baik, sama ada kekurangan rizab kewangan ketika itu, Dr Azman berkata, PN tidak mempunyai kepakaran ekonomi dan tidak pula mengambil berat nasib penoreh getah.


"Itu soalan yang perlu ditanya semula kepada mereka (PN). Kenapa mereka tidak memperjuangkan dengan bersungguh-sungguh nasib orang luar bandar (penoreh getah) ketika berkuasa?


"Tidak ada benda jelas yang mereka buat, yang begitu memanfaat atau bersungguh-sungguh membantu rakyat susah.


"Segala usaha baik kerajaan (Pakatan Harapan 1.0) ketika mentadbir 22 bulan dulu, ditempelak.. Contohnya ada Menteri Komoditi nak mencadangkan supaya penoreh getah dalam musim hujan pakai sesuatu teknologi, tetapi ianya ditolak (dibangkang) semua.


"Tapi apabila mereka berkuasa, mereka tak buat apa pun. Masa harga getah rendah dulu, kenapa tak diberikan subsidi yang secukupnya kepada penoreh getah?" soal beliau lagi.


Untuk rekod, Kerajaan Madani juga telah meningkatkan Bantuan Pengeluaran Getah dan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) daripada RM600 sebelum ini kepada RM800.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page