top of page

Harga diesel turun lagi 5 sen, ikut trend harga minyak dunia



Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia turun lagi sebanyak lima sen kepada RM3.25 berbanding RM3.30 seliter sebelum ini, demikian menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam.


Kementerian itu memaklumkan harga baharu tersebut bagi tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos ini manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada Harga RM2.15 seliter.


Kementerian itu berkata, penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.


"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," kata kementerian itu.


Dalam kenyataan sama, kementerian memberitahu harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.


"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kementerian dalam satu kenyataan.


Penurunan harga diesel itu berlaku selama dua minggu berturut selepas harga bahan bakar itu diapungkan pada harga RM3.35 seliter selepas penyasaran subsidi pada Jun lalu.


Menurut laporan media, pasaran minyak dunia dijangka kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti jangkaan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat serta ketegangan geopolitik di Asia Barat.


Pada minggu lalu, harga minyak memulakan dagangan dengan jatuh sehingga serendah AS$75 pada Isnin, harga terendah sejak Disember 2023.


Harga diesel di stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada RM3.35 per liter mulai 10 Jun 2024. Penetapan harga itu dan subsidi bersasar dijangka memberi penjimatan RM4 bilion setahun sekali gus mengukuhkan kedudukan kewangan negara. Penyasaran subsidi tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.


Melalui penyasaran subsidi, kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion bagi membantu sektor tertentu seperti pengangkutan awam dan pertanian selain menumpukan pengurusan subsidi yang lebih cekap untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan ia sampai kepada kumpulan yang layak.


Penjimatan dari penyasaran subsidi akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan penting seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan awam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page