top of page

Harga diesel, RON97 turun lagi 15 sen



Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen lagi dengan masing-masing ditetapkan pada RM3.25 seliter dan RM3.01 seliter manakala RON95 kekal pada kadar RM2.05 liter untuk tempoh dari 12 hingga 18 September ini.


Bagaimanapun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.


Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan berkata pengurangan harga runcit kedua-dua jenis bahan api itu selaras dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan nilai ringgit.


"Sejak 8 Ogos lalu sehingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung manakala harga runcit petrol RON97 turun 22 sen," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.


Pada Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga diesel dijual pada kadar RM3.35 seliter di semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung susulan dasar penyasaran subsidi sebagai satu langkah memperkukuhkan fiskal negara dan membanteras penyeludupan bahan api itu ke luar negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page