top of page

Harga 14 barangan dikawal sepanjang lima hari Krismas - KPDN



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan senarai 14 barangan harga kawalan sempena sambutan Krismas yang dikuatkuasakan selama lima hari bermula Isnin ini.


Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan itu melibatkan lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import dan bawang kuning besar.


Turut terlibat ubi kentang import China, babi hidup (peringkat ladang sahaja), ayam tua hidup (di Sarawak sahaja) dan kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing).


"Penguatkuasaan kawalan harga maksimum bagi kepak ayam, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) pula difokuskan kepada bekalan di Sabah, Sarawak serta Labuan sahaja.


"Tempoh pelaksanaan skim harga maksimum bagi sambutan Krismas tahu ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga," katanya pada sidang media sempena Program Jualan Rahmah MADANI Krismas di UTC Sentul, Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Timbalannya Dr Fuziah Salleh dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Sayuthi Bakar.


Armizan berkata pelaksanaan skim tersebut dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat.


"Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti ketersediaan penawaran, kos semasa, cuaca, kadar upah dan faktor-faktor lain," ujarnya.


Dalam pada itu, jelas beliau penentuan harga barangan tersebut dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada rakan strategik seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, agensi kerajaan dan pemain industri.


Beliau berkata orang ramai boleh menyemak harga maksimum yang ditetapkan untuk skim perayaan itu di peringkat pemborong dan peruncit, menerusi laman web www.kpdn.gov.my.


"Pegawai penguatkuasa KPDN di seluruh negara akan turun ke lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan bagi menjalankan pemeriksaan serta penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page