top of page

Harap siasatan kes serangan ke atas pemain bola segera selesai - Hannah




Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap siasatan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin.


Ditemui pemberita pada lawatan kerja di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar pada Jumaat beliau berkata, kementerian sangat bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan pihak polis khususnya dalam mengenal pasti motif di sebalik insiden itu demi melindungi keselamatan atlet negara.


"Kita bergantung sangat kepada pihak polis dan dalam usaha untuk melindungi atlet negara kerana mereka adalah aset negara, saya minta IGP (Ketua Polis Negara) untuk pastikan siasatan berjalan dengan cepat.


"Ini supaya kita boleh ambil tindakan cepat kerana saya percaya ramai yang sedang menunggu hasil siasatan tersebut," katanya dipetik mengulas mengenai jaminan keselamatan atlet, termasuk yang akan mengambil bahagian di Sukan Olimpik Paris 2024.

Sementara itu menurut Hannah, kementerian sudah memperkenal Kod Sukan Selamat sejak tahun lepas.


Ia merupakan garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan serta penderaan dalam sukan.


Bagaimanapun jelasnya, dalam isu keselamatan atlet, ia terletak di bawah tanggungjawab pihak berkuasa polis.


"Itu sebab kita minta kerjasama Kementerian Dalam Negeri untuk pastikan atlet kita dijaga dengan baik.


"Kita nak pastikan persatuan sukan juga mengambil berat (keselamatan) atlet mereka dan untuk atlet yang akan bertanding seperti bola sepak, saya tahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meminta mereka perketatkan lagi keselamatan," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page