top of page

Hansard Dewan Negeri Selangor akan didigitalkan bawah inisiatif AI



Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha meningkatkan kecekapan pentadbiran negeri serta membentuk perkhidmatan awam yang celik teknologi.


Sehubungan itu menurut Menteri Besar, rekod rasmi Dewan Negeri Selangor (DNS) akan didigitalkan bagi meningkatkan capaian sesuai pelan transformasi kecerdasan buatan (AI) yang meluas.


"Speaker DNS memberi komitmen menukar salinan fizikal hansard kepada digital untuk diakses bagi penyelidikan dan rujukan," kata Datuk Seri Amirudin Shari.


Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Inisiatif Teraju AI di Menara Axiata, Kuala Lumpur semalam.


Difahamkan, pendigitalan rekod negeri dijangka dapat meningkatkan akses maklumat, mengurangkan kebergantungan terhadap arkib fizikal, serta mempermudah proses legislatif.


Inisiatif itu sebahagian kerjasama antara Google Cloud Malaysia dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC).


Fasa pertama inisiatif tiga tahun untuk membangunkan penyelesaian AI dalam pentadbiran negeri itu dijangka menelan kos RM5 juta.


Sementara itu Amirudin menegaskan Selangor bertekad untuk beralih daripada sekadar pengguna kepada pencipta dan penginovasi AI bagi membekalkan penjawat awam dan rakyat dengan kemahiran.


Beberapa bidang lain turut dikenal pasti untuk penerapan AI termasuk meningkatkan kecekapan maklum balas pihak berkuasa tempatan dan memperkasa sistem pentadbiran tanah digital.


"Tumpuan lain termasuk mengoptimumkan perkhidmatan pengangkutan seperti bas percuma Selangor dan van transit atas permintaan (DRT).


"Daripada sekadar menatap skrin tanpa henti, saya mahu inisiatif ini mencetuskan minat penjawat awam untuk beralih daripada pengguna pasif kepada pencipta dan penginovasi AI," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page