top of page

Hamzah simpan dokumen: Aktivis buat laporan polis



Aktivis politik baru baru ini membuat laporan polis berhubung dakwaan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyimpan dokumen kerajaan setelah tidak lagi berada dalam jawatan.


Laporan tersebut, menurut Md Yusoff Ahmad, dibuat agar pihak polis membuka kertas siasatan kerana tindakan menyimpan dokumen kerajaan dianggap salah di sisi undang undang.


"Saya Md Yusoff Ahmad membuat laporan kepada pihak polis berkenan kenyataan dibuat oleh YB Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Larut yang dikatakan telah menyimpan banyak fail yang melibatkan ramai pemimpin kerajaan dalam satu temu bual khas bersama akhbar The Star yang bertarikh 12 Mac 2023.


"Kenyataan yang dimaklumkan oleh Hamzah ini merupakan satu kesalahan kerana beliau adalah mantan menteri KDN," kata Yusoff dalam laporan polis berkenaan.


Katanya, tindakan yang dilakukan bekas menteri tersebut amat tidak berintegriti. Selain itu, kata laporan berkenaan Hamzah juga mungkin telah melanggar Akta Rahsia Rasmi kerana penyimpanan fail fail tersebut.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page