top of page

Hampir RM2 bilion untuk skim penstabilan harga minyak masak



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih mengekalkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak paket bersubsidi untuk setiap bulan di pasaran.

Timbalan Menterinya Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira data Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2022 yang menyatakan jumlah penggunaan minyak masak paket bagi 80 peratus daripada 7.9 juta isi rumah adalah 30.3 juta metrik tan sebulan, manakala industri mikro pula menggunakan 21,280 metrik tan sebulan.


"Jumlah 60,000 tan minyak masak paket ini mencukupi untuk kita agihkan kepada isi rumah dan industri mikro," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.


Fuziah sebelumnya ditanya mengenai jumlah subsidi yang telah dibelanjakan untuk pelaksanaan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) sepanjang 2024 dan adakah kementerian itu bersedia untuk meningkatkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak paket bersubsidi di pasaran runcit.


"Kerajaan telah membelanjakan RM1.945 bilion untuk program skim penstabilan harga minyak masak dengan pecahan RM845 juta diperuntukan dalam Belanjawan 2024 dan RM1.1 bilion diperuntukan dalam ‘supplementary bill'," jelasnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Fuziah memberitahu dewan bahawa kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat ini.


KPDN jelasnya sedang memperkasakan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) untuk memastikan bekalan minyak masak itu sampai kepada pengguna berstatus warganegara.


"Nanti kita akan menggunakan pengenalan diri (ID) atau satu bentuk ID supaya kita dapat kenal pasti warganegara yang boleh menggunakan bekalan tersebut," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page