top of page

Hampir 60,000 syarikat diberi kelulusan kad fleet subsidi diesel



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangka permohonan untuk mendapatkan subsidi bahan api di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 akan terus meningkat khususnya sehingga 30 Jun ini, selaras dengan tarikh akhir pembayaran semula secara tunai kepada penerima skim itu yang masih belum menerima kad fleet.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali berkata, sehingga semalam sebanyak 59,940 syarikat melibatkan 198,046 kenderaan pengangkutan awam dan barangan telah diberikan kelulusan untuk menikmati subsidi diesel di bawah SKDS 2.0.


"Permohonan menyertai SKDS menunjukkan peningkatan kadar harian yang tinggi selepas pelaksanaan penyasaran subsidi dan pelarasan harga baharu diesel diumumkan oleh kerajaan bermula pada 10 Jun lalu.


"Sehari sebelum pelarasan harga diesel berkuat kuasa, kementerian menerima keseluruhan permohonan daripada 40,264 syarikat melibatkan 156,242 kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Armizan berkata kelulusan permohonan meningkat pada kadar tertinggi pada 10 Jun yang merekodkan 8,584 syarikat melibatkan 19,612 kenderaan pengangkutan awam dan barangan.


"Ini adalah peningkatan sebanyak 7,097 (477%) syarikat dan 16,584 (548%) kenderaan berbanding hari sebelumnya pada 9 Jun yang hanya mencatatkan kelulusan permohonan 1,487 syarikat dengan 3,028 kenderaan," katanya.


Pada 13 Mei, SKDS 2.0 telah ditawarkan kepada tambahan 14 jenis pengangkutan barangan menjadikan keseluruhan 33 jenis pengangkutan terlibat, termasuk penerima awal SKDS 1.0 iaitu 10 jenis kenderaan pengangkutan awam.


Armizan berkata, kelulusan serta-merta boleh diberikan melalui sistem MySubsidi Diesel sebaik permohonan disertakan dengan maklumat lengkap.


Beliau turut menggesa syarikat pengangkutan yang layak untuk segera membuat permohonan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my bagi mendapat manfaat subsidi bersasar ditawarkan oleh kerajaan itu.


Kerajaan memperkenalkan Budi Madani dengan peruntukan subsidi RM200 tunai bulanan diberikan kepada golongan yang layak seperti petani dan pekebun kecil serta pemilik kenderaan diesel persendirian dan permohonan boleh dibuat bermula Isnin lepas.


Inisiatif itu untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, meliputi bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).


Bermula 10 Jun lepas, harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 per liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page