top of page

Halatuju industri minyak, gas perlu peralihan ke sektor tenaga bersih



Halatuju industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia perlukan pelan halatuju yang lebih kemas di samping beradaptasi kepada industri tenaga boleh diperbaharui.


Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, situasi pandemik Covid 19 beberapa tahun lalu telah memperlihatkan kelemahan industri OGSE apabila pelaburan merosot daripada RM3.3 bilion pada 2019 kepada hanya RM363 juta pada 2022.


Menurut Rafizi, cabaran terkini pula adalah peralihan global kepada tenaga bersih. Hal itu, katanya perlu di teliti dalam Kajian Separuh Penggal Pelan Induk OGSE negara.


"Pertama (dalam hal industri tersebut) Malaysia sedang ketinggalan dalam peralihan tenaga. Permintaan tenaga boleh diperbaharui sedang meningkat di seluruh dunia, tetapi banyak syarikat tempatan belum bersedia untuk mengambil peluang ini.


"Kedua, majoriti syarikat OGSE adalah Perusahaan Kecil Sederhana yang 80% daripadanya kecil dan tidak cukup kuat untuk bersaing di peringkat antarabangsa.


"Sementara itu, syarikat OGSE di negara jiran sudah pun berkembang dengan rangkaian global yang kukuh," katanya dalam muat naik di Facebook.


Bagi Rafizi, untuk menjamin industri minyak dan gas bertahan maka inisiatif Growth Beyond OGSE yang menyasarkan untuk membina 10 syarikat OGSE dalam bidang tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030 perlu dilakukan.


Negara, kata beliau, harus fokus kepada teknologi solar, bahan api penerbangan mampan, dan teknologi penukaran sisa kepada tenaga. Ianya bukan mahu meninggalkan minyak dan gas tetapi soal memastikan industri tersebut terus relevan dan berdaya saing.


"Pada masa sama, Program Regional Champions akan menyokong lima syarikat OGSE tempatan untuk menjadi pemain serantau menjelang 2030.


"Syarikat terpilih perlu mencatat pendapatan tahunan melebihi RM50 juta, untung selama lima tahun berturut-turut, dan tidak menghadapi isu undang-undang.


"Cabaran sebenar bukan hanya memilih syarikat, tetapi membantu mereka mendapatkan urus niaga. Kerajaan tidak akan ‘memimpin tangan’ tetapi akan memudahkan akses kepada pembiayaan, kerjasama, dan penggabungan strategik untuk membantu syarikat tempatan meningkatkan eksport kepada 50%.


"Ada yang mempersoalkan peranan kerajaan dalam membantu perniagaan. Tetapi hakikatnya, tanpa sokongan kerajaan, sukar untuk PKS Malaysia berhubung dengan syarikat besar antarabangsa. Dengan fasilitasi kerajaan, peluang kerjasama lebih mudah dicapai," ujarnya.


Untuk itu, kata Rafizi, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi kini bukan sekadar menyelaras tetapi berperanan sebagai penasihat korporat yang aktif membantu syarikat OGSE mengembangkan operasi mereka ke luar negara.


Tegas beliau, Kajian Separuh Penggal Pelan Induk OGSE yang akan dijalankan bukan sekadar mengemaskini dasar. Kajian itu lebih kepada seruan untuk bertindak bagi menggungguli masa depan buat syarikat Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page