top of page

Hakisan pantai di T'ganu: Kerajaan Pas digesa berunding dengan pusat selesai masalah



Hakisan pantai di Pengkalan Maras, Kuala Nerus, Terengganu yang semakin parah memerlukan Kerajaan Negeri ditadbir Pas berunding segera dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyegerakan proses membina benteng, mengelakkan hakisan memusnahkan rumah penduduk.


Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, memandangkan musim tengkujuh dan omak besar belum berakhir dikhuatiri hakisan akan lebih buruk sekiranya projek pemecah ombak di kawasan tersebut tidak disambung pembinaannya.


"Kerajaan Negeri dalam hal ini digesa berunding secara baik dengan kerajaan pusat untuk sama sama mencari jalan penyelesaian demi kemaslahatan dan menyelesaikan masalah rakyat.


"Terutamanya hakisan pantai yang meruncing dalam musim tengkujuh ini," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Ahmad Nadhir, Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar perlu mengambil pendekatan mesra terhadap Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melancarkan pembinaan projek berkepentingan rakyat.


Katanya, retorik keras menghentam Kerajaan Madani perlu dielakkan agar permohonan peruntukan lebih mudah diluluskan.


"Pertubuhan Pendidikan Intelek Terengganu menggesa Kerajaan Negeri menurunkan ego dan mengenepikan permainan politik murahan kerana ianya merugikan rakyat biasa.


"Rakyat Terengganu telah memilih Pas sebagai kerajaan, sepatutnya Pas sebagai parti pemerintah bertindak matang dan mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah rakyat, bukannya mencari modal politik murahan seperti sesetengah pimpinannya membuat retorik (mengehentam kerajaan pusat).


"Kita tak perlu menyindir, serang menyerang antara Kerajaan Negeri dan pusat," katanya lagi.


Untuk rekod, pada Disember tahun 2017 Menteri Besar ketika itu Datuk Ahmad Razif telah melawat kawasan hakisan berkenaan dan mengumumkan kerajaan pusat meluluskan RM90 juta bagi tujuan kajian dan pembinaan projek pemecah ombak (nearshore breakwater) di kawasan terbabit.


Namun sebelum kajian sempat selesai, berlaku pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri pada April 2018 yang menyebabkan fokus projek beralih daripada pemecah ombak kepada membina benteng.


Hanya pada 2024, Kerajaan Persekutuan menyambung semula perancangan pada 2017 dengan memperuntukkan RM69.9juta bagi pembinaan 16 pemecah ombak di kawasan tersebut.


Pada waktu ini projek berkenaan telah 20% siap namun bergerak perlahan disebabkan gangguan cuaca dan musim tengkujuh.


Kelewatan projek sebelum ini menyebabkan jalan utama Pengkalan Maras roboh, begitu juga tanah perkuburan Islam terhakis dan beberapa kubur dilaporkan musnah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page