top of page

'Hak bertanding dalam PRN Sarawak tidak patut dilarang' - Roland Engan



Spekulasi sama ada KEADILAN Sarawak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2026 terus bertiup kencang.


Terbaharu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan berpendapat, beliau secara peribadi mahu melihat KEADILAN bertanding dalam PRN biar pun Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mahukan situasi seperti itu


"(Secara peribadi) saya mahu KEADILAN Sarawak bertanding dalam pilihanraya Sarawak yang akan datang


"Ini soal berjuang demi rakyat mengikut sistem demokrasi dan lunas undang-undang. Sebagai parti politik, perjuangan untuk rakyat bukan sekadar mahu menang pilihanraya semata-mata tetapi perjuangan untuk membangunkan rakyat setelah diberi mandat sebagai Kerajaan.


"Apa pun, bukan kemahuan saya untuk KEADILAN bertanding dalam pilihanraya yang penting tetapi kemahuan rakyat untuk KEADILAN bertanding," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, bertanding dalam PRN Sarawak tidak boleh dijadikan punca pergaduhan atau perpecahan dalam negara.


Dalam pada itu, katanya, mana mana parti politik yang mendapat mandat dalam pilihanraya perlu bersikap inklusif apabila menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Kerajaan.


Tidak wajar penyokong parti pembangkang di Sarawak diabaikan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat.


"Selepas pilihanraya, penyokong parti pembangkang (Pakatan Harapan) tidak patut diabaikan oleh Kerajaan yang dipimpin oleh parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat. Ahli-ahli politik juga faham perkara ini.


"Oleh sebab itu, hak dan kebebasan bertanding dalam pilihanraya Sarawak tidak patut dilarang oleh mana-mana pihak.


"Adalah salah untuk menghalang perjuangan secara aman di bawah sistem demokrasi yang dibenarkan di bawah Perlembagaan Sarawak.


"Harus diingat nenek moyang kita sudah lama bersetuju untik hidup aman damai di Sarawak dan mereka telah meninggalkan perjuangan secara "ngayau" (headhunting) dan menerima sistem demokrasi. Kita semua telah mewarisi perjuangan secara aman khususnya perjuangan politik," katanya lagi.


Sehubungan itu, Roland menolak mana mana pihak yang berusaha menghalang pertandingan dalam PRN akan datang.


Perbuatan sedemikian, katanya, hanya akan menimbulkan keresahan terhadap parti politik dan sesama rakyat Sarawak yang ikhlas berjuang dan berbakti.


"Harus diingat semua parti politik didaftar di bawah undang-undang yang sama.


"Rakyat Sarawak berhak diberi peluang secukupnya memilih calon-calon dan parti politik yang diyakini untuk berjuang bagi mereka agar impian mereka untuk Sarawak yang makmur menjadi kenyataan tanpa tertangguh lagi," katanya.


Untuk rekod, baru baru ini Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Datuk Abdul Karim Hamzah memberi amaran agar KEADILAN tidak menganggu keharmonian politik Sarawak dengan bertanding dalam PRN berikutan parti itu menganjurkan siri jelajah mulai hujung tahun ini yang diandaikan sebagai persiapan pilihanraya.


Bagaimanapun, ketika ini KEADILAN Sarawak belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRN 2026 dan belum membuat kenyataan rasmi mengenai hal itu.


Kenyataan yang dikeluarkan dalam beberapa hari kebelakangan ini hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak.

0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page