top of page

Hadkan tempoh jawatan PM elak pemusatan, penyalahgunaan kuasa


Tunku Nasrul mahu pembangkang membaca buku tulisan Anwar sebelum mengkritik semberono
Tunku Nasrul mahu pembangkang membaca buku tulisan Anwar sebelum mengkritik semberono

Tempoh jawatan Perdana Menteri terhad untuk dua penggal atau 10 tahun yang dicadangkan oleh DAP semalam boleh direalisasikan di negara ini bagi menjamin ketelusan pemerintahan.


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, mengehadkan tempoh jawatan itu seiring dengan wawasan dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam gagasan 'Membangun Negara Madani' kerana hal itu, ujarnya, perkara yang telah diperkatakan dalam Pakatan Harapan sejak dua dekad lalu malah menjadi sebahagian manifesto pilihanraya.


"Langkah tersebut bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur dan mengelak berlakunya pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.


"Malah terdapat juga beberapa negara yang telahpun melaksanakan pendekatan ini seperti negara jiran Indonesia sebagai contoh.


"Selain itu, langkah menghadkan tempoh keperdanamenterian seseorang pemimpin juga mengambil kira landskap geopolitik hari ini dan masa depan yang memerlukan iltizam semua pihak memberi ruang kepada nafas-nafas baharu dan barisan pelapis kepimpinan negara," katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.


Sehubungan itu, katanya, PM turut mengingatkan segelintir pihak daripada blok pembangkang agar tidak menjadikan niat murni tersebut sebagai bahan politik perkauman sempit lagi dangkal.


"Roh dan sifat jawatan perdana menteri itu sudah terang lagikan bersuluh seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Menghadkan tempoh jawatan itu nyata tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas tersebut. Malah, ia adalah langkah penting dalam menjamin kematangan demokrasi negara.


"Perdana Menteri turut meminta mana-mana Ahli Parlimen yang mempersoal perkara ini supaya membaca sebelum mengkritik secara semberono.


"Baca dan hadam buku tulisan Anwar Ibrahim yakni 'Membangun Negara Madani'. Sila rujuk muka surat 181, di bawah tajuk 'Dasar Keutamaan Untuk Malaysia Yang Lebih Baik," katanya.


Oleh itu, kata Nasrul, Perdana Menteri menyarankan agar cadangan itu dibahaskan dengan sihat dan penuh rasa tanggungjawab serta mengutamakan cabaran masa hadapan, selain menjemput semua pihak untuk memberikan input ke arah sebuah sistem yang lebih telus dan adil.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page