top of page

Hadis 40: 'Kupas secara berilmu, bebas, jangan ikut tafsiran sendiri'



Pengajaran Hadis 40 atau Matan Hadits Arbain Imam Nawawi perlu dilakukan secara berintegriti dan berilmu serta tidak berasaskan kepentingan sesuatu pihak.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kitab hadis yang sering dibaca di sekolah sekolah pondok itu kini telah beliau arahkan untuk dipelajari di sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti oleh generasi muda Islam.


"Saya telah mengarahkan semua institusi pendidikan, pelajar, diwajibkan di peringkat rendah sehingga universiti kenal dan membaca Hadis 40.


"Yang penting membaca hadis, matannya, syarahnya. Kupasan Sheikh Dr Ali Jum'ah yang telah diterbitkan itu menjadi panduan kepada kita, kerana merujuk syarah itu penting supaya jangan menjadikan hadis ini dikupas secara rambang, mengikut tafsiran sendiri atau trend sendiri.


"Sebab itu bergantung kepada seorang alim (penting) untuk mengupas korpus ilmu yang lebih luas. Itu penting dalam pendidikan," katanya pada ucapan Perasmian Festival Turath Islami Selangor di Shah Alam, pagi tadi.


Dalam pada itu, Anwar memuji Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang menganjurkan festival turath pada setiap tahun bagi mendalami karya karya besar tamadun Islam terdahulu.


Katanya, konsep memanggil ulama besar untuk mengajar matan hadis dan mendalami kitab besar lama amat penting kepada umat Islam generasi hari ini.


"Apa diusahakan di Selangor itu menarik. Karya diterbitkan dan dikekalkan satu ilmu lama dan kemudian datang sheikh baca dan kupas.


"Dunia sekarang ini di media sosial, dunia satu minit, tiga minit. Padahal dalam Islam tradisi ilmu itu mesti menelaah, menghadam dan menghayati.


"Penghayatan tidak mungkin dapat dari lintasan berita seminit atau tiga minit dan terus jadi alim kemudian mengupas dengan rambang.


"Tradisi sheikh mengupas 40 hadis (perlu diteruskan), hadis itu tidak hanya membaca matan tetapi syarah (hadis) oleh sarjana (yang bebas dan berwibawa)," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page