top of page

Hadis 40 Imam Nawawi bakal diajar di tadika Kemas



Modul pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi akan dimasukkan ke dalam kurikulum Pendidikan Islam Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara dijangka bermula Jun ini, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Beliau berkata buat permulaan, pelaksanaan modul pengajaran hadis itu bakal membabitkan sebanyak 4,145 daripada 10,840 Tabika Kemas di seluruh negara sebelum diperluas ke semua tabika secara berperingkat pada tahun depan.


"Sebanyak 4,145 tabika ini melibatkan lebih kurang 80,000 murid.


"Inisiatif untuk membudayakan dan merakyatkan Hadis 40 Imam al-Nawawi ini merupakan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jadi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berhasrat memulakannya di peringkat prasekolah," katanya dipetik.


Beliau mewakili Ahmad Zahid pada Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam al-Nawawi di Dewan al-Muktafi Billah Shah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus hari ini.


Asyraf Wajdi berkata berkata modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi juga seiring dengan inisiatif Program Tabika Pra Tahfiz yang telah dilaksanakan KKDW bermula tahun ini.


"Pada Jun ini guru-guru Kemas yang terlibat dengan program Tabika Pra Tahfiz akan menjalani kursus dan latihan...jadi modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi ini boleh dimasukkan dalam program latihan itu," katanya.


Asyraf Wajdi berkata, buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kemas dan UniSZA itu berupaya membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak dalam diri individu seawal usia kanak-kanak.


"Kalau kita tengok buku Hadis 40 Imam al-Nawawi ini sangat senang difahami kerana ia ringkas dan mudah. Ia bukan soal hafal tetapi untuk dihayati sebagai amalan dalam kehidupan. Saya yakin modul ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti permainan dan nyanyian untuk menarik minat murid prasekolah," ujarnya.


Asyraf Wajdi turut berhasrat melaksanakan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi di lebih 300 institusi pendidikan Mara termasuk Maktab Rendah Sains Mara; GiatMara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.


"Esok ada mesyuarat Majlis Mara dan saya akan mencadangkan Majlis Mara untuk terus laksanakan perkara ini," katanya lagi.


Modul Hadis 40 Imam Nawawi tersebut sebelum ini dijadikan modul pengajaran Pendidikan Islam di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page