top of page

Hadapi masyarakat menua: Selangor lancar dasar ekonomi penjagaan


Kerajaan Selangor hari ini melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan, pertama seumpamannya di negara ini sebagai Langkah menghadapi situasi populasi makin menua menjelang 2030.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dasar yang berteras lima perkara itu mengambil kira aspek penjagaan warga emas, kanak-kanak, orang kelainan upaya dan pengukuhkan sokongan kepada komuniti penjaga yang formal serta tidak formal.


"Selepas Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor dibentuk pasca Pilihan Raya Negeri ke-15 tahun lalu, Selangor menjadi negeri pertama yang menubuhkan Jawatankuasa Tetap bagi Ekonomi Penjagaan yang diamanahkan kepada Anfaal Saari (ADUN Taman Templer).


"Meskipun tiada rujukan lain di Malaysia ataupun negara-negara membangun lain, Selangor mengambil tanggungjawab ini kerana kita perlu membuat persediaan menghadapi situasi negeri menua apabila 8.1% daripada penduduk di Selangor berumur 65 tahun ke atas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Amirudin berkata dasar yang akan berlangsung sehingga 2030 itu melibatkan lima teras iaitu advokasi dan promosi; tatakelola dan kawal selia; penjaga terlatih dan tenaga kerja; pelaburan dan kerjasama serta inovasi, teknologi dan data.


Beliau menjelaskan dasar tersebut dilancarkan setelah mendapati Selangor mempunyai angka tertinggi dari segi masyarakat menua memandangkan kepadatan penduduk dan populasi yang besar sebanyak 7.36 juta meskipun ia menduduki tangga kelima selepas Perak, Kedah, Sarawak, dan Perlis.


"Di Selangor, tiga daerah yang mempunyai peratus populasi paling tinggi warga emas adalah Kuala Selangor, Sepang dan Hulu Langat," ujarnya.


Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebagai perbandingan, pada 1970, hanya 5.5% daripada populasi Malaysia merupakan warga yang berumur 60 tahun ke atas, manakala jumlah populasi berumur 14 tahun ke bawah adalah sebanyak 44.5%.


Pada tahun 2024, populasi kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah telah menurun kepada 22.2%, manakala kadar populasi warga emas melebihi umur 60 tahun telah meningkat kepada 11.6%.


"Dengan perkembangan ekonomi negeri di mana sebahagian besar ibu bapa mempunyai pendidikan yang tinggi dan menceburi bidang bidang profesional, solusi yang mampan bagi perkhidmatan penjagaan kanak kanak amat diperlukan terutamanya kaedah yang tidak membebankan dari segi kos," ujarnya.


Amirudin berkata dasar tersebut merangkumi peranan agensi Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan agar memudahcara proses latihan dan pengiktirafan penjaga yang tidak formal terutamanya mereka yang menjaga anak-anak atau warga emas di rumah ataupun komuniti.


"Kerajaan negeri akan mengadakan Selangor Care Economy Summit pada tahun hadapan bagi melibatkan pakar kanak-kanak, warga emas, nutrisi, serta pihak berkepentingan lain agar mereka yang terlibat dalam ekonomi penjagaan diiktiraf dengan peranan yang penting seperti gaji yang lebih berpatutan.


"Saya berharap Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor digerakkan sepenuhnya bagi memberikan kebaikan kepada warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya, komuniti penjaga serta rakyat Selangor secara keseluruhan," ujarnya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page