top of page

Had tempoh PM: Hujah Hj Hadi 'tersasul', Pas pernah sokong PM dua penggal



Oleh: Akmal Manaf


Keputusan mengehadkan tempoh perjawatan Perdana Menteri (PM) selama 10 tahun bukan semata mata cadangan DAP pada minggu lalu tetapi hal itu telah disepakati sejak era gabungan Barisan Alternatif (BA) yang turut disertai Pas pada 1999 - 2014 lalu.


Hal itu ditegaskan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyifatkan tindakan Presiden Pas, Hj Hadi Awang menghalakan kecaman kepada DAP dalam isu berkenaan seolah-olah 'tersasul' atau mungkin disebabkan ingin mempertahankan Penasihat State Government 4 (SG4), Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi PM selama 22 tahun dan kini merupakan tokoh kebanggaan pembangkang Perikatan Nasional.


''Tersasulnya Presiden Pas buat sekian kalinya dalam memahami realiti semasa, sama ada disebabkan kerana DAP yang menyebutnya atau kerana ingin mempertahankan Penasihat SG4 yang memerintah 22 tahun sebagai PM atau Presiden Pas berpura-pura tidak tahu, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


''Bukankah Penasihat SG4 pernah digelar sebagai 'MahaFiraun' (pada era Reformasi 1998) kerana didakwa ada ciri-ciri kediktatoran berlaku disebabkan tiada had kepada perjawatannya?


''Sepatutnya ibrah besar (pengajaran) perlu diambil iktibar sebagai solusi kepada masalah tersebut ialah mengehadkan tempoh PM, supaya mimpi ngeri yang sama tidak berulang," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, mantan Menteri Agama itu menyifatkan, dakwaan Hj Hadi bahawa wawasan akhirat dan dunia tidak tercapai dengan mengehadkan tempoh 10 tahun adalah tersasar daripada perbahasan.


Mujahid mempersoalkan apakah tempoh 10 tahun itu tidak mencukupi bagi melaksanakan visi dan misi dunia, akhirat kepada rakyat oleh seorang pemimpin.


Malah, kata beliau, sebaliknya jika seseorang memimpin terlalu lama maka akan kehabisan idea atau pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah pemerintahan.


''Malaysia memerlukan kesegaran kepada politik Islam yang lebih inklusif, semasa dan berorientasikan kearifan lokal.


"Ide-ide yang mengikuti keperluan semasa, suasana yang melingkungi negara demi mencapai sesuatu kemaslahatan yang membangunkan negara adalah ciri-ciri yang melahirkan sebuah organisasi politik Islam yang berdaya saing, dinamik dan melihat masa depan," ujarnya lagi.


Dalam kenyataan sama, Dr Mujahid juga menegaskan, hal pemerintahan merupakan perkara yang boleh diputuskan oleh pemerintah mengikut keperluan semasa dan tidak terikat mencontohi maqasid atau sistem pemerintahan kerajaan Islam abad terdahulu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page