top of page

Had tempoh PM: Hj Hadi serlah ketakutan Pas kepada reformasi politik



Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa cadangan mengehadkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan sebagai bertentangan dengan kehendak Tuhan adalah mengelirukan dan membahayakan asas demokrasi negara ini.


Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata, had tempoh jawatan bukan ancaman kepada Islam sebaliknya sebagai perlindungan terhadap penyalahgunaan kuasa dan memastikan kepimpinan dinamik serta berdaya maju.


"Sebagai seorang Ahli Parlimen yang beragama Islam, saya percaya bahawa kepimpinan dalam Islam bukanlah soal memegang kuasa selama-lamanya tetapi tentang amanah, tanggungjawab dan ketelusan kepada rakyat.


"Islam mengajarkan kepimpinan yang bersandarkan kepada keadilan dan akauntabiliti. Kuasa bukan untuk dikekalkan seumur hidup, apatah lagi untuk disalahgunakan demi kepentingan peribadi atau politik," katanya dalam kenyataan.


Syerleena berkata, sekiranya benar Abdul Hadi berpegang kepada prinsip Islam beliau seharusnya menyokong sistem yang mengelakkan kezaliman bukan mempertahankan politik yang membenarkan pemusatan kuasa tanpa kawalan.


Beliau menjelaskan had tempoh jawatan Perdana Menteri adalah amalan biasa dalam banyak negara demokrasi.


"Ia mengelakkan penyalahgunaan kuasa, memberi peluang kepada kepimpinan baharu, dan memastikan sistem pentadbiran yang lebih segar dan berdaya saing," ujarnya.


Beliau menarik perhatian bagaimana pemimpin yang terlalu lama berkuasa boleh membawa kepada ketidakstabilan politik, ekonomi yang tidak berkembang serta budaya politik toksik yang mementingkan kesetiaan kepada individu berbanding prinsip keadilan.


"Apakah Abdul Hadi ingin membawa Malaysia ke arah pemerintahan yang tidak boleh dipersoalkan? Adakah beliau begitu takut kepada pembaharuan sehingga sanggup mengaitkan had tempoh kuasa dengan ‘kehendak Tuhan’?" soalnya.


Beliau berkata pandangan Ahli Parlimen Marang itu menyerlahkan ketakutan Pas terhadap reformasi politik yang lebih adil dan progresif.


"Apakah ini wajah sebenar Pas hari ini? Parti yang dulunya bercakap tentang moral dan keadilan, kini mempertahankan sistem yang membenarkan pemusatan kuasa tanpa had?


"Jika benar Pas mahu membawa politik Islam yang lebih adil, maka mereka sepatutnya menjadi pendukung utama kepada sistem yang memastikan pemimpin tidak boleh memerintah tanpa batasan waktu," katanya.


Syerleena berkata, demokrasi yang sihat memerlukan perubahan kepimpinan dari semasa ke semasa untuk memastikan negara tidak terperangkap dalam kitaran pemerintahan yang usang dan ketinggalan zaman.


"Malaysia memerlukan pemimpin yang faham bahawa kuasa bukan hak mutlak, tetapi satu tanggungjawab yang perlu dikongsi dan diserahkan kepada generasi seterusnya pada waktu yang tepat.


"Abdul Hadi boleh menolak idea ini, tetapi rakyat Malaysia tidak akan selamanya terperangkap dalam politik lama yang hanya menguntungkan segelintir pihak," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page