top of page

Guna teknologi mesin kompos hasilkan baja dari sisa makanan



Teknologi memproses sisa makanan menjadi baja akan diperkenalkan bagi menghasilkan baja kompos dari sisa pepejal makanan atau lebihan sayur sayuran.


Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir, teknologi itu lebih menguntungkan dan mesra alam sekitar berbanding cara membuang bahan makanan di tapak pembuangan sebagaimana yang berlaku hari ini.


"Pernah tak kita terfikir setiap kali kita ke Cameron Highlands nak beli sayur, ke mana pergi sisa sayur-sayuran bila tak habis terjual dan rosak ?


"Bukan sikit masalahnya, sehingga 30 tan sisa sayuran yang dihasilkan setiap hari hanya di Cameron Highlands.


"Bayangkan punya banyaknya sisa sayuran, dalam seminggu sahaja, berapa ratus buah lori kita perlukan untuk muatkan sisa ini.


"Jika tak diurus dengan baik, akhirnya berpuluh-puluh tan sisa sayuran berakhir di tapak pelupusan haram. Belum lagi cakap tentang sisa makanan. Soal pelupusan sampah ini bukan isu main-main, bandar yang kotor dan busuk boleh menyebabkan kemarahan rakyat," katanya dalam catatan di Facebook selepas temuramah bersama stesen penyiar kerajaan dalam program Selamat Pagi Malaysia, pagi tadi.


Justeru, Akmal telah memperkenalkan secara ringkas mengenai mesin yang boleh digunakan bagi memproses sisa sayuran menjadi baja cecair yang amat berguna untuk pertanian.


"Jadi tadi saya dalam segmen Selamat Pagi Malaysia telah terangkan tentang Inisiatif Hijau Cameron Highlands oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp yang bertunjangkan penggunaan teknologi mesin kompos yang boleh menghasilkan baja dan cecair kompos untuk kegunaan pekebun sebagai baja organik hasil kerjasama dengan pihak Japan International Cooperation Agency (JICA).


"Khamis ini, saya sendiri akan ke Cameron Highlands dan kongsikan kepada saudara saudari keberkesanan teknologi ini seterusnya menyokong ke arah kitaran ekonomi. Nantikan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page