top of page

Guna qunut nazilah alat politik: Anwar bidas pembangkang



Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pembangkang yang menggunakan qunut nazilah sebagai alat politik.


Perdana Menteri berkata doa sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain.


"Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa...siapa kata kita tidak setuju doa?


"Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain," katanya dipetik ketika berucap pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun, Ipoh, Perak hari ini.


Beliau mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen pembangkang membaca qunut nazilah selepas Dewan Rakyat membuat keputusan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad selama enam bulan susulan kes surat layang yang dirujuk Ahli Parlimen itu dalam isu pengambilan Malaysia Airport Holding Berhad.


Qunut nazilah kemudian dibaca diketuai Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen PN tidak membacakan doa qunut nazilah ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang melaburkan wang KWSP kira-kira RM600 juta kepada BlackRock.


"Ketika 2020, PN, Pas dan Bersatu, dia bagi BlackRock RM600 juta, duit mana? Duit KWSP, kenapa ketika itu tak salah, kenapa tak baca doa qunut nazilah?" soal Anwar.


Anwar juga berkata pembangkang sepatutnya mendoakan yang baik dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana kapal dari Israel tidak dibenarkan memasuki negara ini.


Sebelum ini laporan menyebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak yang membaca qunut nazilah untuk mendoakan kehancuran seteru politik sebagai amalan ekstremis dan pelampau.


Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal memberikan alasan bahawa bacaan doa qunut itu ditujukan kepada penyokong genosid seperti syarikat pelaburan BlackRock.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page