top of page

'Guna pendekatan berhemah, jangan rosak nama baik kerajaan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 30
  • 1 min read


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mengambil pendekatan lebih berhemah dalam menangani isu berkaitan aktiviti perniagaan tanpa lesen.


Pengarah Strategi Keadilan Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad sebagai mengulas aksi tolak-menolak antara pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kumpulan peniaga yang tular di media sosial pada Sabtu menegaskan, meskipun undang-undang perlu ditegakkan, tetapi cara penguatkuasaan mesti mencerminkan adab dan kesopanan.

"Kita tidak seharusnya membuat kesimpulan melulu, namun video (yang tular) tersebut sudah cukup jelas menunjukkan situasi yang berlaku.


"Adalah tidak adil untuk melayan peniaga kecil dengan kekasaran sebegitu, apatah lagi ketika umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.


"Tugas penguatkuasaan bukan sekadar melaksanakan undang-undang secara tegas tetapi juga perlu dilaksanakan dengan profesionalisme dan sikap berperikemanusiaan," katanya dipetik.


Terdahulu tular rakaman seorang penjual belon dikasari penguatkuasa DBKL setelah ddipercayai menjalankan aktiviti tanpa lesen di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Jumaat malam.


Berdasarkan rakaman tersebut, beberapa orang penguat kuasa DBKL dilihat ‘menumbangkan’ lelaki tersebut setelah enggan menyerahkan puluhan belon yang dibawanya hingga berlaku pergelutan.


Berdasarkan audio, seseorang meminta agar penguatkuasa terbabit tidak mengasari penjual belon itu dan bersimpati terhadapnya.


Lewat petang semalam DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan lelaki tersebut sudah diberi amaran sebelumnya.


Bagaimanapun menurut DBKL, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden itu dan bersedia meneliti penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) dalam tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.


"Pihak berkuasa perlu lebih peka dengan keadaan masyarakat, terutamanya ketika bulan mulia ini. Jangan hilang perikemanusiaan hanya kerana ada sedikit kuasa yang diberikan.


"Gunakan budi bicara, bukan kekerasan. Jika peniaga itu melanggar peraturan, tegur dan nasihati dengan cara yang lebih baik. Jangan sampai tindakan kita mencemarkan nama baik agensi dan kerajaan," tegasnya Saifuddin lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page