top of page

Guna kod QR di KLIA tidak jejas keselamatan negara



Pengenalan sistem kod respon pantas (QR) di pintu automatik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak menjejaskan keselamatan khususnya berhubung pelepasan warga asing ke dalam negara.


Jaminan itu dinyatakan Jabatan Imigresen susulan tempoh percubaan penggunaan kod QR di 40 lorong khas di Terminal 1 dan 2 KLIA berkuatkuasa bulan ini.


Jabatan itu menegaskan, pelbagai prosedur dan langkah keselamatan sudah dibangunkan bagi menyaring kemasukan pelawat yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Antaranya, warga asing yang menggunakan kemudahan itu perlu bebas daripada senarai syak dan senarai hitam serta sudah mengisi Kad Digital Ketibaan Malaysia (MDAC) kecuali warga Singapura yang tidak disyaratkan mengisi MDAC.


"Selain itu, maklumat kemasukan warga asing juga perlu dipadankan dengan data biometrik dan pengecaman wajah yang terkandung dalam cip pasport.

"Kegagalan mereka melepasi syarat ini akan menyebabkan mereka tidak dapat melalui autogate, seterusnya akan dirujuk kepada pegawai imigresen untuk urusan seterusnya," katanya dipetik.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi kenyataan pada Rabu berkata, penggunaan kod QR itu sebagai langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara termasuk di KLIA terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.


Menerusi penggunaan sistem itu tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa singkat iaitu antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.


Sementara itu menurut Jabatan Imigresen, bagi pemantauan ke atas kemasukan warga asing yang menggunakan autogate, langkah kawalan dan penguatkuasaan dilaksanakan sejak kemudahan pengecualian visa diperkenalkan pada 2023.


Antara langkah kawalan dan penguatkuasaan dilaksanakan ialah penubuhan pasukan khas pemantau pergerakan keluar pelawat China dan India, aktiviti naziran di kawasan tumpuan warga asing serta prosedur ketat berhubung pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL).


"Proses kemasukan juga masih mengekalkan semakan keselamatan yang pelawat perlu mengemukakan tiket pulang dan bukti penginapan seperti butiran tempahan hotel yang sah," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page