top of page

'Guan Eng sepatutnya tidak terperangkap isu kaum'



Reaksi Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mengaitkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kononnya 'bertindak' seperti ahli politik Pas dalam isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah vernakular dibidas.


Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharuddin berkata reaksi Guan Eng itu bertentangan keputusan Kabinet.


Reaksi tersebut juga, katanya, tidak selari dengan pendirian pemimpin utama DAP yang turut membuat keputusan bersama berkait isu berkenaan.


"Reaksi diberikan oleh Ahli Parlimen Bagan bukan sahaja tidak sependapat dengan Menteri Pendidikan, tetapi juga keputusan Kabinet.


"Rakan sepasukan parti YB Bagan sudah membangkitkan isu khusus ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan diputuskan bersama. Bahkan selepas kenyataan media dibuat, mengapa beliau masih lagi menari dalam naratif yang didendangkan oleh pasukan pembangkang?


"Jika Fadhlina dikira mengikut telunjuk Pas, Guan Eng ikut telunjuk siapa?" tanya Atiqah Syairah Shaharuddin dalam kenyataan.


Kementerian Pendidikan pada Jumaat mengumumkan Jemaah Menteri telah mengekalkan garis panduan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah.


Garis panduan itu antara lain menetapkan aktiviti sumbangan kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah, selain penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh membabitkan pelajar Islam.


Bagaimanapun Guan Eng kemudian mengkritik pengumuman itu dengan berkata kenyataan Fadhlina terkait perkara itu agak keras dan memintanya menjadi Menteri Pendidikan untuk Kerajaan Perpaduan dan rakyat, bukannya ‘Menteri Pendidikan Pas’.


Bagaimanapun Lim dalam laporan media malam tadi berkata sebagai anggota kerajaan, beliau menyokong penuh keputusan kabinet kelmarin.


Dipetik laporan Sin Chew Daily, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kenyataannya mengenai pendirian Fadhlina dibuat sebelum kenyataan kementerian itu dikeluarkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page